LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 10, 2011

Isteri Kena Pandai Memandu

SITUASI 1


Suami isteri bekerja. Biasa nya yang akan hantar anak-anak ke rumah pengasuh ialah suami. Isteri tidak boleh memandu sendiri sama ada tiada lesen atau pun ada lesen memandu tetapi jarang memandu.



Ditakdirkan suami terpaksa out station selama 2 minggu. Gelabah tak agak-agak? Macam mana ni? Siapa nak drive? Macam mana nak hantar anak ke rumah pengasuh? Takkan nak amik EL kot. Hish. EL sampai 2 minggu. Kalau sehari dua tak pe jugak.



Kalau naik bas hantar anak pergi rumah pengasuh boleh tak agak-agak. Atau pun naik teksi. Tapi kalau dekat pun tak pe jugak. Kalau jauh? Jauh maknanya yang berdekatan dengan ofis suami. Ofis isteri memang dekat dengan rumah je.




SITUASI 2



Ditakdirkan suami kemalangan. Hmmm... Isteri sama macam seperti di atas. Siapa nak bawa suami ke hospital buat cek up. Ni adik beradik duduk jauh. Merantau lah katakan. Kesihatan suami tak mengizinkan nya untuk memandu...




SITUASI 3


Ditakdirkan Tuhan juga, suami menyahut panggilan Ilahi. Yang ni memang betul-betul isteri akan patah kaki untuk bergerak ke mana-mana. Sebabnya sebelum ni tidak mengambil langkah berjaga-jaga.




Puan-puan sekalian. Saya amik iktibar ni tak payah jauh-jauh. Mak saya sendiri ye puan-puan. Bila abah meninggal, mak betul-betul patah kaki. Mahu tak patah kaki. Selama hayat abah, mana pernah mak keluar sendiri. Even naik bas or teksi pun, mak tetap membontot.




Alhamdulilah abah meninggal tak tinggalkan anak kecik. Tapi tinggal kan tanggungan lah. Saya la tu orang nya. Kalau ada anak kecik, macam mana lah agaknya mak nak urus kan anak-anak tanpa abah.




So, slow-slow mak try naik bas. Tang naik bas ni memang reti. Cuma tak pernah bersendirian tanpa abah. Nak dijadikan cerita, mak rindu kan cucu kat Melaka. Ni anak Kak Ana tau. Masa ni saya belum kawen lagi. Mak pun naik teksi terus ke bus stand Batu Pahat. Mak nak naik bas masa ni kaki mak tak kuat. Susah sikit lah.




Sampai bus stand Batu Pahat, mak cari pulak kaunter tiket bas ekspres ke Melaka. Nasib baik mak pandai baca. Kalau tak jumpa jugak, mak tanya orang. Sampai kaunter, tiket habis pulak.




Walawei... Mak pergi cari bas sangkut-sangkut ke Muar. Pandai tak? So, mak naik lah bas tu dari Batu Pahat ke Muar. Sampai Muar, mak cari pulak kaunter tiket bas ekspres lagi. Jauh pulak kaunter nya. Nak jalan memang jauh la untuk umur mak tu. Mak nampak teksi. Mak naik teksi pulak untuk ke kaunter tiket bas ekspres. Mak kata mahal driver tu cas.




Alhamdulilah, sampai kaunter tiket bas ekspres, tiket ada lagi. Mak pun naik bas ekspres terus sampai ke Melaka. Kak Ana siap-siap tunggu tepi jalan sebab rumah dia pun tepi jalan je. So, tak payah la berenti dekat Melaka Central.




Kesimpulannya puan-puan. Kalau lah puan-puan macam mak saya tak pe. Tak de anak kecik. Senang nak bergerak ke sana sini. Macam ni. Kalau tak de kereta sendiri pun tak pe. Sebab bukan semua orang mampu. Tapi kalau mampu, tak pandai bawak kereta pun tarak guna. Betul tak.




Dan kalau jadi benda-benda macam ni kena lah pandai ambil langkah berjaga-jaga. Ni kalau dah nak naik bas pun tak reti. Nak naik teksi pun takut. Macam mana nak berdikari. Berdikari bukan bermakna kita derhaka. Hahahha. Kang takut pulak ada yang kata ajaran saya boleh membawa kepada isteri derhaka.




Asalkan apa yang kita buat dapat restu dari suami. Dapat izin dari suami. Itu semua dah memadai untuk kita terus kan hidup di waktu-waktu susah. Suri-suri rumah yang tak keluar ke mana-mana pun ingat pesanan saya ni. Memang lah awak tu tak memandu ke tempat kerja. Tapi cer fikir di saat-saat kesulitan. Takkan nak harapkan orang, adik beradik, sedara mara dan sahabat handai.




Sekian sahaja pesanan penaja dari saya. Terima kasih

2 comments:

Lyana Mansor said...

Aisey...macam tulis untuk yana pulak..bilalah nak pi belajar memandu ni???? hukhukhuk

salam kenal dari yana

Unknown said...

lyana : salam kenal. ha kena cepat2 belajar drive ni