LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 10, 2011

Kanak-Kanak Berjalan Tanpa Kasut

 
Satu petang, seorang ibu lambat mengambil anak nya di sekolah agama. Kakak Darjah 3, adik Darjah 1 (lelaki). Kebetulan pulak kasut si adik hilang. Sekolah agama mereka memang kena bukak kasut. Tunggu punya tunggu, ibu nya tak kunjung tiba.




Kakak pun berkata pada adiknya, kita balik jalan kaki je lah. Rumah bukannya jauh. Tak penat kot.




Tiba-tiba adik menangis sebab kaki nya sakit jalan di atas tanah tanpa kasut.




Kakak memujuk, tak pe, pakai kasut kakak. Kakak jalan pakai stoking.




Maka berjalan lah dua beradik ni. Adik memakai kasut kakak tanpa stoking dan kakak berjalan hanya dengan berstoking sahaja.




Adik sekali lagi menangis sebab penat memikul beg.




Kakak berkata, tak pe la, kakak bawak beg adik. Beg sekolah agama ringan je.




Sentap ok dengar cerita dua beradik ni. Kakak yang petah bercerita. Dia cakap, kitorg tak penat pun tau jalan kaki. Nasib ada duit lagi. Haus beli air kat tepi jalan.




Saya pun tanya lah, habis takde ke orang tanya kenapa jalan tak pakai kasut?




Kakak jawab lagi, ada makcik tu tanya, mana kasut tu? Kitorg diam je. 




Saya tanya lagi, ada orang kacau tak masa kakak jalan tu?




Ada. Tapi orang tu baik. Macam ustaz.




Saya cakap, kakak, kalau orang tanya-tanya jangan jawab tau. Kalau orang tu bagi gula-gula jangan amik. Nanti dia letak ubat, lepas tu kakak pengsan kang. Lepas tu jadi macam Nurin tu kena letak dalam beg. Kalau dia kacau jugak, kakak jerit kuat-kuat cakap toloonngggg!!!




Kakak ni pun terdiam mendengar saya menasihatinya.




Saya terkesima mendengar cerita mereka. Tapi mereka seronok je bercerita. Tanpa ragu. Tanpa risau. Apalah yang ada pada kanak-kanak seperti mereka selain daripada gembira. Gembira melakukan sesuatu walaupun kita rasa perkara itu adalah susah. Sanggupkah kita berjalan tanpa kasut? Tapi mereka? Betapa gembiranya mereka melalui kenangan ini.





Oh ye, sebelum terlupa, tidak perlulah menyalahkan ibu mereka kerana pada waktu itu sememangnya dia ada hal yang tidak dapat dielakkan. Betapa beruntungnya ibu mereka memliki anak seperti ini. Semoga sikap cekal ini berkekalan pada waktu-waktu mednatang buat mereka.


No comments: