LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May 3, 2011

Dibunuh Kerana Tolak Lamaran


ALOR SETAR: Hanya kerana enggan berkahwin dengan teman lelakinya, seorang wanita berumur 23 tahun ditikam hingga mati di bilik sewaan lelaki itu di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini, malam tadi.



Mayat Ratna Sufizzah Riyanti Omar ditemui pada pukul 11 malam dengan kesan tikaman di perut, dada dan tangan.

 

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata kejadian dikatakan berlaku ekoran wanita itu menolak lamaran teman lelakinya yang berusia 50 tahun menyebabkan lelaki terbabit berang dan bertindak luar kawalan.



"Suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di sini sejak sebulan lepas menyerah diri di balai polis di sini kira-kira pukul 1.30 pagi dengan membawa pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa setelah dinasihatkan oleh majikannya.



"Suspek mengenali mangsa sejak lima hingga enam tahun lepas.



Suspek telah mempunyai keluarga di Johor," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.



Sumber : METRO 



p/s : Bila hati dah terluka, bunuh orang pun sanggup. Janji puas!!! Takut tak? Hehehe...

2 comments:

sekamar rindu said...

salam....

berita mcm ni yang sedih nk baca...kekecewaaan menuntut seseorang hilang kewarasan...

pegangan jodoh adalah ketentuan Allah swt sudah tidak diterima lagi,.

~aSFaLiZa~ said...

sr : yup. kita lupa tu sume ketentuan Tuhan