LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May 3, 2011

Buasir

Now tengah sakit vontot. Sakit sebab buasir masa beranak kan Rayyan Adam. Terkena buasir tu disebabkan tak pandai meneran nak keluarkan baby. So, sakit dah hazab sangat. Maka teran lah ikut suka hati walaupun nurse kata jangan suka-suka teran. Habis dah sakit sangat. Hasilnya, hujung usus terkeluar sikit. Kiranya masa dalam pantang bukan sakit kat tempat beranak. Tapi sakit kat tempat berak.



Ikut kan dah baik dah. Tapi hanya kerana kesilapan yang kecik, membuatkan benda alah tu terkeluar balik. Adeh!!! Perit!!!



Semalam lah kekdah nya tolong suami angkat tv lama nak sedekah kat tempat kebajikan. Entah apa nama tempat tu tak ingat. Nak buang sayang walaupun sebenarnya dah rosak. Apatah lagi nak jual. Hahaha!!!



Mak memang dah pesan dah, jangan angkat berat-berat. Tapi terlupa. Tu yang terteran kot masa angkat tv tu. Huh!!! Ni memang tengah menahan hazab nak duduk la ni. Perit jangan cakap.



Nasib semalam ada Mak Long. Mak Long tolong sengkak perut. Lepas tu Mak Long jolok yang terkeluar tu pakai jari. Sakit. Tapi nak baik punya pasal. Mak Long suruh saya tonggeng then suami bantai pakai bantal. Kononnya nak suruh benda tu masuk balik lah.  Hahaha!!! Kelakar ok sesi ni. Suami kata nak bantai pakai tali pinggang. Wah!!! Banyak cantik.

8 comments:

Kakzakie said...

Kawan kakak ada yg buasir, lepas operation ok dah.... Tapi dia dah agak berusia (52 tahun)....

fazilzura said...

zura x penah kene (mintak di jauhkan) tp dgr dr kwn2 yg kene , mmg azab ye sakit nye..aduyaiii cian awak ..
lepas ni jgn angkt berat2 lg key

~aSFaLiZa~ said...

kakzakie : nk operation tu yg takut kak

~aSFaLiZa~ said...

zura : ok dah tobat dah nk angkat berat2. tq ek

munna said...

aduhai kesiannya... sepupu kak munna pun kena buasir teruk masa preggy lepas bersalin ok je pula...

~aSFaLiZa~ said...

munna : kita org pmpn selalu je sakit bahagian tut. huhuuu

Anonymous said...

slm.akak, pegi jumpa doktor... sy plajar perubatan. buasir ni ada kelas/degree dia.. so b4 dia kluar yg smpai tk boleh nk tolak masuk sndiri, pegi la jumpa doktor. IA if degree tk teruk lg, tk pyh operation

~aSFaLiZa~ said...

anony : oh akak dh jumpa smlm. akak ada tya jugak if kena oprate. so far doktor kata tak payah sbb yg ni blh masuk balik. just amik ubat cair kan najis n pakai ubat sapu utk tahan sakit jek. hehhehe. thanks fyi.