LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apr 15, 2011

Island Hopping Di Langkawi


Masih lagi sambungan kisah percutian di Langkawi. Selagi ada cerita , selagi tu tak habis  cerita nya di sini ye. Kali ni nak cerita perihal Island Hopping. Pekej ni pun kami amik dengan pihak hotel. Senang cerita. Ikutkan banyak je orang yang tawarkan pekej ni kat sana. Google sudah.







Mula-mula kasi mak mertua selamat dulu. Menantu yang baik okkkkkk



Then ini budak kecik pulak.



Serius saya suka dia berpakaian macam ni. Chummmmeeellll!!!



Kelemahan cenonet ni ialah loly pop betul ke aku eja ni. Magik kalau dapat benda alah ni. Jajan lain pun dia tak layan tau




Pertengahan jalan, dia pun jalan daaaa!!! Mana tak ngantuk. Pagi-pagi dah kena kejut. Ayah yang sangat sweeettt menghalang cahaya matahari buat anak bujang nya.


Ada couple baru kawen amikkan gambar couple dah lama kawen. Muka bukan main cover matahari dua-dua orang



Mak yang sangat cool. Mak memang sporting. Nak naik bot punya pasal, ni first time mak pakai seluar selama ni tau. Mak dulu gemoookkkk gila. Seluar tak muat tau. Seluar ni pun Kak Ana jahit sendiri. Mahu order?



Tempat pertama, Pulau Beras Basah



Sebelum amik pekej ni ramai jugak lah yang advise kami, kalau ada budak kecik tak payah la pergi. Tapi kan dah kata anak saya ni baik. Budak kecik ni kan diam je kalau dikelilingi orang yang tak dikenali. So, saya dengan suami memang bajet la si kecik ni akan pandai jaga diri. Hahahaha!!! Berlagak.




Ye puan-puan. Kami memang bajet Rayyan Adam anak yang baik. Mesti dia boleh terima certain keadaan. Nampaknya jangkaan mak bapak dia kali ni jauh meleset. Perjalanan balik, Rayyan Adam betul-betul mengamuk. Mengamuk yang amat. Tuhan je yang tahu betapa takutnya saya dia terjun laut. 



  1. Tak nak pakai life jacket
  2. Tak nak minum susu
  3. Segala jajan semuanya pun tak nak
  4. Lagi pun dia dah ngantuk
  5. Dia tak suka bunyi bot tu



Kesimpulannya, lain kali dengar lah cakap orang. Sila jangan berlagak. Wakakakaka!!!! Cerita seterusnya nanti saya sambung balik ye kalau datang seru. Daaa!!!

2 comments:

NzA said...

salam...
sronoknya p bercuti...

Unknown said...

nza : best sgt. hehehhe