LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apr 14, 2011

Akibat Tak Dapat MC

Kisah Benar



Hasil penceritaan seorang teman yang mana kejadian ini berlaku ke atas saudaranya sendiri. So cerita bukan rekaaan atau bukan dari penceritaan ke penceritaan. Pendek kata bukan dari mulut ke mulut la.




Seorang pekerja telah sakit. Maka pergi ke klinik untuk buat pemeriksaan. Dalam masa yang sama meminta mc untuk berehat di rumah. Dengan ada nya kuasa mc di tangan doktor, maka doktor berkeras tidak mahu memberi mc tersebut ke atas pesakit yang tengah menahan sakit.




Kuasa doktor kan. Apa lah sangat kita ni boleh buat. Doktor yang mungkin berprinsip tidak mahu memberi mc secara salah guna tersilap perhitungan hari itu. 




Takdir Tuhan, pekerja tersebut meninggal dunia ketika menyambung semula tugasan hakiki di tempat kerja. Nak menyesal pun tak guna. Ajal maut semua memang kita tidak boleh sangkal adalah di tangan Tuhan. Tapi kalau dengan memberi mc mungkin tidak akan menimbulkan kemarahan orang kan.





Jadi, bermula lah perhimpunan yang membantah perbuatan doktor tersebut ke atas pekerja itu. Mungkin pada masa itu, teori doktor mengatakan penyakit tersebut tidak memerlukan rehat. Ye la. Doktor kan pandai. Dia yang belajar benda-benda ni semua kat universiti. Tapi dalam masa yang sama, yang merasa sakit adalah tuan punya badan kan.




Pengajarannya, kadang-kadang doktor juga adalah salah dari segi teori nya. Ni kadang-kadang tau. Jangan pulak doktor yang baca entry ni beremosi. Sebab doktor bukan Tuhan. Doktor manusia biasa yang juga ada emosi. Walaupun doktor adalah golongan profesional, tapi doktor tetap manusia biasa yang berinteraksi dengan manusia biasa. Jadi, anda boleh bayangkan jika doktor berkata-kata seperti dia bukan doktor yang profesional lagi.

6 comments:

Rohani Hashim said...

betol beb, nak nak kalau sakit kena buatan org, kekedg pakar pun tak leh detect sakitnya, sedar sedar makin nazak kan. result pakar, semua normal...


nauzubillah mintak jauh weh...

Unknown said...

hany : mintak dijauhkan jugak

Anonymous said...

doctor pun manusia.. x mampu melawan takdir...

Unknown said...

zura : yup betul

azie said...

penah jadi kat kazie dulu...demam denggi, doktor mati2 tak nak bg MC katanye awak sihat...sampai kazie ckp "saya rasa mcm dah nak mati doktor kalau apa2 terjadi dekat saya, saya nak doktor bertangungjawab" terus dapat MC 3 hari...doktor tu pulak tak cek darah bagai..apa2 pun ajal maut ditangan Allah

Unknown said...

kak azie : tu pe lagi kak, bagi. yg tak bagi ni. sampai bergaduh pun ada