Kisah Benar
Hasil penceritaan seorang teman yang mana kejadian ini berlaku ke atas saudaranya sendiri. So cerita bukan rekaaan atau bukan dari penceritaan ke penceritaan. Pendek kata bukan dari mulut ke mulut la.
Seorang pekerja telah sakit. Maka pergi ke klinik untuk buat pemeriksaan. Dalam masa yang sama meminta mc untuk berehat di rumah. Dengan ada nya kuasa mc di tangan doktor, maka doktor berkeras tidak mahu memberi mc tersebut ke atas pesakit yang tengah menahan sakit.
Kuasa doktor kan. Apa lah sangat kita ni boleh buat. Doktor yang mungkin berprinsip tidak mahu memberi mc secara salah guna tersilap perhitungan hari itu.
Takdir Tuhan, pekerja tersebut meninggal dunia ketika menyambung semula tugasan hakiki di tempat kerja. Nak menyesal pun tak guna. Ajal maut semua memang kita tidak boleh sangkal adalah di tangan Tuhan. Tapi kalau dengan memberi mc mungkin tidak akan menimbulkan kemarahan orang kan.
Jadi, bermula lah perhimpunan yang membantah perbuatan doktor tersebut ke atas pekerja itu. Mungkin pada masa itu, teori doktor mengatakan penyakit tersebut tidak memerlukan rehat. Ye la. Doktor kan pandai. Dia yang belajar benda-benda ni semua kat universiti. Tapi dalam masa yang sama, yang merasa sakit adalah tuan punya badan kan.
Pengajarannya, kadang-kadang doktor juga adalah salah dari segi teori nya. Ni kadang-kadang tau. Jangan pulak doktor yang baca entry ni beremosi. Sebab doktor bukan Tuhan. Doktor manusia biasa yang juga ada emosi. Walaupun doktor adalah golongan profesional, tapi doktor tetap manusia biasa yang berinteraksi dengan manusia biasa. Jadi, anda boleh bayangkan jika doktor berkata-kata seperti dia bukan doktor yang profesional lagi.
