LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mar 11, 2011

Nasi Arab Di Equine Park

Dekat dengan ofis ni dengar ada satu restoren Arab baru buka. Tiba-tiba je selera saya ni membuak-buak teringin nak makan Nasi Arab. Lepas tu siap target nak order lauk kambing. Memang beberapa kali menggedik nak pergi. Cuma masa je kadang-kadang tu tak mengizinkan. Ye lah nak makan benda ni kena lah dalam keadaan lapar tahap maksima. Saiz hidangan dia kan saiz hidangan orang Arab.




Akhirnya, Rabu lepas dapat jugak pergi dengan Kak Doly. Huh!!! Memang mantap. Kira lepas jugak lah hajat nak menjamah. Pendek kata, boleh jadi gian tahu tak. Ni memang 100% saya boleh cakap sedap tahap gaban. Cakap banyak pun tak guna. Jom layan gambar sentap-sentap kat bawah ni.


Nama hidangan ni Lamb Kabsah. Harga RM16.80. Masa sampai ni berasap lagi tau nasi ni.



Tu dia. Kambing sudah mari. Tersorok dalam nasi lor.




Teh ni sekali set dengan nasi tu. Nampak macam tak pelik kot bagi orang lain. Tapi saya pelik. Hahaha. Jakun sebab ada entah daun apa entah. Lepas tu ada bunga cengkih. Dan ada lagi tak tahu nak sebut benda apa. Tapi biasa orang masukkan kalau nak tumis masak kari. So, bagi tidak meloyakan tekak dengan benda alah tu semua, saya letak gula 5 sudu kot. Tapi sudu kecik tu tau. Bukan sudu besar. Plus dengan air masak buat back up. So rasa nya ok la. Boleh terima akal yang jakun ni.





Saya memang tertarik lah dengan nasi ni. Sebab nya, tengok lah ha, beras dia panjang-panjang. Sedap wei!!! Agak-agak dia pakai beras cap apa ek. Taj Mahal kot

 


Hanya takat ni je yang mampu dilunaskan. Tu pun masih terasa... Aaargghh ruginya. Tapi memang tak mampu. Kalau mampu konpom licin semua. Ater hidangannya kan saiz orang Arab punya makan. Kita ni orang Melayu perut kecik. Huhuhu




So, kalau rasa nak minum air keluaran Mekah, kat sini pun ada dijual. Boleh feeling-feeling dok kat Arab kejap.

 


Lepas ni rasa nak try air ni pulak lah



So, siapa-siapa nak cari lokasi Arabian Food area Putrajaya or Puchong or yang sewaktu dengannya. Kat sini memang best. Ingat lepas ni nak bawa mak dengan suami belanja makan kat sini. Tapi sayang nya mak tak boleh makan kambing. Dilarang sama sekali. Maybe boleh try lauk ayam kot. Yang paling best, owner dia dan tukang masak nya orang kita tau. DUlu dia pernah duduk sana belajar kat Arab. Ha macam tu la kira-kiranya.