LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Feb 28, 2011

Teman Mama Berak

Alkisahnya mak kan sakit lagi. Kira belum sihat sangat lah. Wekend lepas saya je la yang jaga Rayyan Adam. Mak dok rumah Kak Ana lagi. Suami kerja. Kan dah kata, budak ni makin bijak. Yang kurang bijak nya, pantang mak nya bergerak. Mula melalak macam orang kena bantai.




Nak dijadikan cerita, ni perut dah memulas. Kang budak ni kalau aku bangun kompom melalak. Nak buat susu kat dapur pun macam nak perang. Lagi lah nak berak.




Habis cerita, ha jom teman mama berak. Tapi dia dok luar pintu je. Tak berani nak masuk sebab mama marah. Hahahaha... I ni garang tau. Anak-anak....Siap gelak-gelak main cak-cak ba dengan mama depan pintu jamban.




Mesej kat suami cakap Rayyan Adam teman kan saya berak. Suami reply kata kalau mata anak dia tumbuh tembel siap lah. Dan anak nya yang sibuk nak mengendap mak dia berak.




Moral of the story: mesti ada je siapa-siapa yang baca ni yang dah jadi mak orang buat macam ni. Mesti normal kan. Ala bukan nak cerita benda kotor pun. Lagi pun kalau tinggal budak tu sorang-sorang main sendiri pun cuak jugak. Baik bawak je dia masuk jamban. Senang.

2 comments:

eT said...

haha..penah gak wat keje camnih...mmg xder Rh dH..terpaksa kan..:p

~aSFaLiZa~ said...

eT : msti ada pya sape2 buat keje mcm ni