Saya pelik dengan anak saya. Hahhaha.. Sebabnya dia tak sama dengan anak-anak sedara saya aka cucu-cucu mak yang lain. Pelik sebab Rayyan Adam ni rajin sangat mengemas. Seingat saya anak-anak sedara saya dulu tak serajin ni. Ye, saya terkejut budaya dengan perangai pelik ni.
Kat rumah, Rayyan Adam pantang tengok apa barang pun. Dia mesti nak gapai. Dia mesti nak amik. Dia mesti nak explore. Pening mak nya kena tengok-tengok setiap barang yang wujud kat persekitaran.
Setakat umur beliau 1 tahun 5 bulan ni, Rayyan Adam dah pecahkan 2 bijik gelas emak nya. Mujur lah emaknya tak tergamak lagi nak pakai gelas cap yang mahal-mahal. Tak mahal pun sebijik dah harga 5 hengget.
Ye, saya tahu. Bagi orang lain budak yang rajin mengemas ni tak de lah pelik. Kan saya dah kata. Saya ni dah ada 18 orang darah daging sendiri sebagai anak sedara. Maka nya, yang lain-lain tu tak sepelik Rayyan Adam yang rajin sangat mengemas. Biasa nya diorg rajin mengaruk jek. Hahahaha!!! Dan alhamdulilah Rayyan Adam tidak setaraf itu ngaruk sampai guling-guling macam diorg semua.
Actly, dengan perangai dia yang suka mengemas ni, selalu buat jantung saya gugur. Berdebar-debar je. Macam 1st time dia pecah kan gelas amik kat atas meja. Nak marah? Tak kot. Cuma terdiam. Mungkin marah dengan diri sendiri sebab tak tengok anak betul-betul. Setakat gelas boleh beli lagi. Tapi kalau dah anak tu terluka ke apa ke. So, memang tak marah la kat dia.
Semalam pun satu hal pecah kan gelas lagi. Dok nangis sangat nak ikut masuk dapur. Ada gelas kat lantai. Maybe berat kot. Pup!!! Dia dah lepas kan berderai. Kena bap jugak lah tangan dia sebab buat mama pucat lesi. Last-last dia tahu dia salah, letak kat luar pagar dapur tak nangis dah. Duduk memang macam orang bersalah gila. Mama tak marah la sayang. Nanti kita minta ayah belikan gelas lagi eh.
So far kalau nak bawa dia masuk dapur memang akan jadi perang dunia lah. Terpekik sana, terpekik sini. Mana dia capai tong sampah, mana dia capai periuk, mana dia capai apa yang dia rasa menarik. Apa nak kata. Orang tak de kitchen cabinet canggih-canggih. Nak-nak rumah sewa. Lagilah. Mana boleh letak barang kita taruk je la.
No comments:
Post a Comment