LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oct 1, 2010

Sabar Lah Wahai Hati

Saya kena bersyukur dengan setiap apa yang Tuhan dah bagi sekarang ni. Tolonglah Tuhan jangan jadikan diri ini merungut setiap masa. Asfaliza... Kau baru diuji dengan sedikit ujian. Tolong bersabar. Ujian kau cuma berjauhan dengan family kau je. Kecik sangat. Masa ni lah nak uji kesabaran kau.



Orang lain lagi banyak. Lagi besar dugaan Tuhan nak bagi. Kau sabar pasti ada habuan untuk kau. Pasti ada rezeki yang Tuhan nak bagi. Semua ada hikmah nya sayang. Apa lagi yang tak cukup. Suami yang baik. Anak yang comel.



Family kau dah lengkap kan. Kau bahagia sangat-sangat. Then? Sabar. Orang lain ada lagi tak lengkap hidupnya. Orang lain bertahun-tahun kawen belum dapat anak. Orang lain menderita anaknya tak sihat. Kau tengok kau. Anak kau sangat sihat membesar dengan sempurna. Ini baru sikit. Sabar.



Ada tu dapat suami yang tak bertanggungjawab. Suami kau? Bukan main lagi cinta kan kau sepenuh hati. Setia walaupun jauh. So, sabar la ye wahai hati. Jangan diikutkan sangat perasaan tu. Kebaikan pasti akan terbalas untuk kau sekeluarga.