LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oct 24, 2010

Rayyan Adam Positif Influenze A

Rayyan Adam Positif Influenze A but syukur it's not H1N1. Petang Jumaat saya balik dari JB singgah Air Hitam nak amik mak dan Rayyan Adam balik Melaka. Ingat nak stay lama sikit coz nak tengok ulangan Amazing Race Asia pukul 7 petang.




Then, masa saya dukung Rayyan Adam mak kata dia macam demam. Start petang tu la mak kata. Saya pun pegang sana sini badan dia. Panas sangat. Terus tak jadi nak stay. Cakap kat mak nak terus balik Melaka sekarang jugak sebab takut specialist child clinic yang selalu  saya pergi tutup pukul 9 malam. Saya bukan tak nak pergi klinik area Air Hitam or Parit Raja. Tapi saya dah beberapa kali kena dengan doktor yang cek ala-ala cincai macam aku tak bayar pulak servis diorg. Abang Long ada cakap kat area Batu Pahat ada jugak specialist children. Tapi tu lah. Saya takut amik masa pulak nak mencari mana tempatnya.




Terus bergegas balik Melaka dan suami pun dah tunggu kat klinik tu area Batu Berendam. Doktor cek semua benda dan doktor bagi tempoh sampai Isnin. Kalau tak kebah jugak datang balik takut kot-kot ada penyakit lain such as denggi. Bila dengar perkataan denggi je kami laki bini dah berdebar. Takut.




Bila dah balik dari klinik semua lapar. Suami decide tak nak makan kat kedai n tapau je bawak balik coz bimbang kesihatan anak. Sampai rumah saya terus lap Rayyan Adam dengan tuala basah. Bagi makan ubat. Selera beliau untuk susu tak de. Kami masih susah hati lagi. Tapi dalam pada tu Rayyan Adam aktif. Main macam biasa. Panjat sana panjat sini. Cuma bila penat dia akan merengek. Selalunya dia bukan seorang baby yang suka merengek.





Malam tidur, Rayyan Adam masih merengek. Gelisah sana, gelisah sini. Saya pakaikan jugak cool fever beli kat farmasi. Suami bangun pagi subuh tu nak pergi kerja, saya cakap badan Rayyan Adam masih panas. Panas yang menakutkan. Terus suami kata tak nak pergi kerja dan suruh saya siap pergi hospital. Then pergi Hospital Pantai, sekali lagi jumpa specialist kanak-kanak kat hospital ni pulak.




Kali ni doktor kat Hospital Pantai cek lagi detail. Demam masih macam semalam. Cuma doktor suggest untuk cek virus Influenza coz dalam 2 minggu kebelakangan ni virus ni sedang merebak lagi-lagi dalam keadaan cuaca jerebu yang sedang melanda. Kami setuju untuk cek coz harga nya tidak lah terlalu mahal. Cuma RM60 untuk setiap pemeriksaan.




Hmm masa doktor cek, perasaan sedih bila tengok anak melalak sakit kena jolok anak tekak, jolok hidung. Doktor pegang badan. Pembantu dia pegang tangan. Saya pegang kaki. Rayyan Adam menangis kuat-kuat. Sedih. Kecik sangat badan dia nak terima semua ni.





After 15 minit, doktor call again and the result is positif. Mengggigil badan saya bila dengar keputusannya. Kami pun tanya apa tindakan susulan. Doktor said no need to worry coz ini hanya lah Influenza A dan bukannya H1N1. Tapi masih lagi adik beradik H1N1. Then doktor bagi ubat kat bontot.  Kami pun decide tak nak warded Rayyan Adam and just quarantine beliau di rumah sahaja.




Mungkin ramai ingat penyakit Influenza ni mesti H1N1. Saya pun bukan ada ilmu tentang perkara ni. Selepas anak kena baru terasa ingin mengetahui lebih lanjut. Tapi syukur doktor kata ini bukan lah H1N1. Cuma mungkin selepas ni kalau saya rajin saya akan google tentang penyakit nii lebih lanjut untuk kita share bersama.




Apa yang penting now saya memang tumpukan sepenuhnya hal penjagaan Rayyan Adam. Berkemungkinan besar Rayyan Adam terjangkit masa kenduri Majlis Aqiqahnya minggu lepas. Ni, nak keluar rumah petang-petang pun saya tak bagi. Biar je dia duduk dalam rumah. Virus ni boleh merebak pada sesiapa sahaja. Mungkin kami semua boleh terjangkit sama. Sebab tu la saya suruh mak duduk je rehat dalam bilik. Biar saya yang jaga Rayyan Adam sepenuhnya. Lagi pun mak kan warga emas. Golongan ni pun golongan yang mudah dijangkiti apa-apa penyakit. Wallahualam.




So, parents jangan ingat demam anak biasa-biasa tu biasa je. Tak salah pergi cek tengok anak apa yang patut dalam keadaan negara kita dilanda macam-macam penyakit berjangkit sekarang. Tak mahal pun. Kita mampu. Saya rasa hospital kerajaan pun ada provide untuk vaksin virus ni. Apa yang penting kesihatan anak kita. Jangan biar 2-3 hari baru nak pergi cek. Kesian kat baby tanggung sakit. Kita sakit tahu cakap. Baby sakit apa yang diorg tahu. Nangis. Merengek. Buat lah apa yang patut untuk kesihatan anak.




Mohon pembaca semua doakan Rayyan Adam cepat sembuh dan bebas dari sebarang penyakit.




See... Rayyan Adam still aktif walaupun sakit. Ni ayah layan Rayyan Adam masa tunggu turn kat Hospital Pantai Melaka

4 comments:

Lady D'yot said...

moga adam cepat-cepat sembuh dan kembali sihat...aminnn~

Unknown said...

nadia : tq

cik daisy said...

kesiannye bdk comel nih.. harapnye sembuhlah cepat sakit rayyan adam.

Unknown said...

tq kak d