LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oct 26, 2010

Update Kesihatan Rayyan Adam



Saya masih dalam EL untuk semalam dan hari ini. Maybe esok dah naik keje. Update kesihatan Rayyan Adam buat masa ni.



Badan beliau sudah mulai sejuk sepenuhnya sebanyak 90% tapi tidak termasuk kepala. Kepala nya kejap sejuk kejap panas. Kadang-kadang takutkan kami je.



Apa yang saya buat sepanjang saya jaga beliau sepenuh masa

  • Setiap hari pagi dan petang saya akan mandikan dengan air asam jawa
 
  • Bagi minum air kelapa beberapa sudu setelah sejam dua bagi ubat
 
  • Ubat bagi ikut time tanpa putus
 
  • Lap setiap inci badan dengan kain basah
 
  • No baju panjang. Hanya CD dengan singlet je pakaian rasmi beliau buat masa ni
 
  • Tidur kipas sentiasa di kepala
 
  • Disebabkan beliau tak nak minum susu sangat, saya cuba bagi vitagen. Ok sikitlah dia nak minum
 
  • Saya ada jugak pergi minta air penawar. Dari sudut yang lain kita berusaha jugak. Katanya Rayyan Adam terperanjat dengan orang dan kucing. Wallahualam
 
  • Selain daripada pergi minta air penawar, saya memang buat kawalan keta tak bawa dia pergi mana-mana walaupun keluar depan rumah
 
  • Mungkin selepas kejadian ini, saya tidak akan bersuka suki membiarkan anak saya dicium oleh sesiapa sahaja. Minta maaf. Bukan sombong tak nak bagi anak kat siapa-siapa. Tapi ni semua untuk kesihatan anak saya jugak sebab ini anak saya.

5 comments:

Jemari Seni said...

Semoga Rayyan cepat sembuh Amin!!
Jgn lupa bagi minum 100 plus yg tak sejuk jugek yer!

~aSFaLiZa~ said...

JS : boleh ke bagi baby umur setahun 100 plus

Jemari Seni said...

Bole!... tapi kalau bole tuang siap2 dlm gelas supaya tak bergas sangat.

zteesyahmi said...

semoga adam cepat sembuh... ya..

~aSFaLiZa~ said...

js : oh nti nk try la

ztee : tq