LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oct 5, 2010

Open House vs Close House

Bukan saya yang buat open house. Tapi close house. Walaupun close tetap orang bagi salam nak beraya. Almaklumlah ni baru firts time beraya rumah sewa sendiri.



Alhamdulilah setiap kali balik Melaka, hujung minggu ada je tatamu yang datang. Ada je yang sudi nak datang ke rumah. Dan alhamdulilah jugak setiap tetamu yang datang saya mampu untuk menyajikan hidangan yang tak seberapa. Huhuhu...Bangga tau orang datang makan masakan kita. Kalau tak masak malu laki ai nanti.




Tak de lah. Saya memang dah diajar dari kecik kena stand by apa-apa pun bahan mentah or bahan basah kat dapur. Jadi bila ada orang call je. Zazzzz!!! Terus sengseng lengan masuk ke dapur. Laki pulak laju-laju bawa motor pergi beli air batu ke atau bahan-bahan tambahan yang lain. Rayyan Adam? Huhuhu... Dia mestilah kena bagi jugak periuk belanga duduk diam-diam kat bawah ketuk lantai. Habis kemik periuk aku. Kalau tak macam mana mama dia nak masak. Dia kan tak boleh ditinggalkan bersendirian kat depan. Harus lah melalak macam kena dera. 




Bila setiap minggu malam dan siang ada je orang datang, mak tanya, bila kau nak buat open house? Harus lah tak kan. Kalau nak buat baik dari awal buat sekali dengan besday Rayyan Adam. Mana nak letak manusia ramai-ramai kat rumah ni. Mak kata mak bapak nya je yang masuk. Budak-budak duduk luar. Ha ye la tu. 




Open house pun banyak undangan. Jiran-jiran pun menjemput. So, time ni la ye nak beramah mesra dengan jiran-jiran. Almaklumlah saya ni kan jadi suri rumah hujung minggu je. Mana nak sempat berkenalan. Time ni la berkenal-kenalan. Kawan-kawan suami pun ramai yang datang dan juga ramai yang menjemput open house. Alhamdulilah.