LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sep 6, 2010

Zakat Fitrah

Alhamdulilah. Selesai sudah kewajipan Rukun Islam ke 4 bagi kami sekeluarga. Tahun ni saya rasa lain sikit sebab ni tahun pertama suami bayar untuk Rayyan Adam. Terharu wei. Ha kau tengok. As ni dia memang terharu emosi tak bertempat. Entah apa-apa je kan. Bayar zakat pun nak bersedih hati. Huhuhu...




Tak de. Bukannya apa. Tahun lepas kami dok tertunggu-tunggu. Rayyan Adam ni keluar ke tak masa Ramadhan. Kalau keluar masa Ramadhan sah-sah kena bayar zakat fitrah untuk dia. Lepas tu kami tertanya-tanya. Kalau lah dia lahir betul-betul sebelum beberapa minit nak keluar fajar Syawal. Tak ke haru suami nak mengejar imam nak bayar sebelum sembahyang raya. Tapi yang pasti masa tu kami dah study dan dah tanya imam kalau benda-benda macam tu terjadi. Akhirnya Rayyan Adam lahir pada 10 Syawal.








Masa ni kami shopping kat JJ. Memang dah plan kalau jumpa mana-mana tempat bayaran zakat nak terus bayar. Sebelum ni suami bayar kat kampung. Tapi kan kami dah pindah rumah. So, nak balik kampung macam suntuk je masa nya. 




Manusia masa ni jangan cakap lah. Punya lah ramai manusia nak sambut raya. Huhuhu. Memang bersesak. JJ tutup pun pukul 12 malam masa ni. Siap dapat voucer. Tapi paling ralat lupa minta sampul angpau. Pening wei. Nasib la barang saya dah siap. Tinggal barang suami. Dengan Rayyan Adam lagi. Pening kepala mak bapak dia sejak dia dapat kaki ni. Tak nak dukung. Nak lepas. Nak jalan. Habis semua budak-budak diusiknya nak ajak kawan. Ni baru 11 bulan sayang. Dah ligat. Anak jantan. Cleaner Bangla tengah mop lantai  pun dikejarnya. Anak anak...




4 comments:

Nazz@Purple said...

tgh lasak cam tu la kan..

~aSFaLiZa~ said...

nazz : tahu tak pe. pening kepala mcm ni

Anne Boleyn said...

hye..salam singgah 1st time disini. :)


anne boleyn masuk redmummy.com lerrr..! hehe jom tengok... :)

~aSFaLiZa~ said...

anne : nice to meet u. tq