LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sep 6, 2010

Tiru Entry

Kadang-kadang bila kita membaca sesuatu, kita akan mudah terpengaruh. Nak-nak benda yang kita suka baca. Hari-hari kita baca kalau ada perkara baru. Sampai kan dalam setiap perkara yang kita buat pun tanpa kita sedar kita tertiru orang tu. Niat dalam hati memang lah bukan untuk meniru. Macam sangkaan saya tadi lah. Mungkin terpengaruh.



Saya pun akui kadang kala saya terpengaruh jugak dengan hasil tulisan orang lain. Terutama dalam hasilkan blog. Rasa macam kalau orang tu tulis macam ni, saya pun nak ikut jugak apa yang dia ceritakan. Itu cuma kadang kala maybe saya terpengaruh. Tidak lah selalu, sebab kebanyakan apa yang saya tulis ni mengenai diri saya sepenuhnya dan tentang keluarga saya. 



Cuma kebelakangan ni, saya agak kurang selesa dengan satu blog ni yang sesekali tetapi banyak kali dah saya tengok dia ceduk entry saya. Cara penggunaan ayat pun sikit lebih kurang. Malah bukan entry saya saja dia tiru, entry kat blog lain pun dia tiru. Benda ni saya hanya tunjukkan kat kawan-kawan rapat je la. Takkan saya nak kecoh hal ni kat sini pulak kan.



Contohnya macam ni, kalau si A ni tulis entry yang ada part I. Si B peniru ni pun akan tulis tajuk yang sama siap ber part-part jugak. Cuma beza nya. Blog kau tulis hal anak kau. Blog aku tulis hal anak aku. Walhal benda tu adalah sesuatu yang sama.



Saya dah perasan lama dah. Kadang-kadang geram pun ada tau. Hmmm ni dah sampai tahap geram la ni. Sebab tu saya sampai hati nak publish cerita yang tak best kat sini. Nak sound orang tu pun tak boleh jugak. Sebab dia selalu je jengah blog saya. Bak saya kata tadi lah. Terpengaruh.



Tapi dalam masa yang sama maybe bangga tu ada jugak kot. Sebab kita berjaya mempengaruhi orang. Ala saya nak kecoh-kecoh hal tiru meniru ni pun saiapa lah saya kan. Tak de hak sangat pun. Lagi pun ni lah harga yang saya perlu bayar kalau berani mempertuliskan apa yang terlintas di fikiran saya. Ramai orang kat luar sana yang berhak baca. Sebab saya yang memberi hak itu. 



Tujuan utama entry ni, tetap nak kata saya tak puas hati dengan blog tu yang suka tiru entry saya. Huhuhuhu. Okey daaaaa

8 comments:

Mak Su said...

errr........... hopefully bukan maksu ya

asfaliza, maksu nk pohon kemaafan zahir dan batin dgn ucapan salam syawal :)

Unknown said...

maksu : jgn takut maksu. hint nya org tu ada anak kecik jugak mcm saya. maksu tak salah nak wat pe minta2 maaf. As pun nak minta maaf sempena raya ni. Huhuhu

LiAnA said...

bukan ku jugak yer.. wakakaka...
selamat hari raya maaf zahir batin..
muaahhs muahhhs untuk Rayyan..

Unknown said...

liana : selamat hari raya jugak

Rohani Hashim said...

aku wat entri aku ade kredit eh ke sape2 ahahah...sj nk nyebok gok

Unknown said...

hany : aku pun selalu kredit gak. huhuuu. pakai kad kreadit

cik daisy said...

org spt itu xde idea nk menulis psl ape. org aktif blogging, dia pun nk ikut sama. well mmg lar dia x tiru 100%. tp agak2 lar kan. jgn pakai tajuk yg sama ker atau wat posting tu bln depan ke, thn depan ke.. hehehe!

Unknown said...

kak d : betul tu kak. kot ye pun. simpan la entry tu 2, 3 tahun ke. huhuhu. kita dh tak ingat dah. ni ayat pun turut sama sebijik sebotol tu yg saya tak boleh belah