LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aug 11, 2010

Peranakan Turun

Alkisah pasal ujian pap smear hari tu, hari ni nak buat rentetan dari cerita tu.



Masa nurse tangah dok godek-godek bawah ni, dia seperti terjumpa sesuatu


Nurse :  Masa bersalin hari tu awak ada pergi berurut tak?

Saya  :  Ada

Nurse : Dengan siapa? Tua ke muda orang yang urut tu?

Saya  : Dengan bidan lah. Bidan tu muda lagi. Tapi dia memang bidan betul-betul. Kenapa?    Ada yang tak kena ke?

Nurse : Awak nak beranak lagi kan? 

Saya  : Nak lah. Kenapa ni? 

Nurse : Peranakan awak dah turun ni. Nampak. Takut nanti susah nak lekat.



Terus rasa macam batu hempap kat kepala masa ni. Okey tak pe. Saya cool. Saya memang tahu peranakan saya ada masalah sejak dari kecik lagi. Sebab tu bila dah 4-5 bulan kawen tak lekat lagi, mak terus bawa saya pergi berurut. Nak betulkan mana yang patut mak cakap.



Sejak kecik memang saya tahu peranakan saya turun. Ni semua sebab saya ni ada penyakit kencing malam. Penyakit ni sampai besar. Walau pun dah kencing sebelum tidur, tetap jugak terkencing atas tilam tengah tidur. Puas dah mak dengan abah bawa pergi berurut. Tak baik jugak. Lama-lama baik sendiri bila saya mula masuk U.



Saya juga seorang yang lasak. Tengok sahaja sekarang ni saya lasak berulang KL-Melaka setiap minggu. So, no wonder perut ni asyik terhentak-hentak masa drive. Sejak sekolah pun memang aktif bersukan. Main bola sana, bola sini. Maklum lah. Abang-abang yang mengajar.



Masa belum ada rezeki mengandung dulu, mak bawa pergi urut. Mula-mula saya tak nak. Kiranya saya macam tak percaya benda ni semua. Alhamdulilah, lepas je urut terus lekat. Tapi tak tahu kan mengandung. Sakit sebelah kiri ni bukan main sakit lagi. Muntah-muntah jangan cerita la kan.




Siap pergi klinik, doktor kata maybe keracunan makanan. Then masa doktor nak kasi cucuk ubat kat bontot, dia tanya sama ada saya mengandung ke tak. Saya jawab la tak. So, dia cucuk lah bontot ni. Rupanya masa tu dah mengandung dah. Sakit tu datang dari tempat nak lekat benih tu.



Rahim saya, saya sedar tak tetap tempatnya selepas saya bersalin. Tapi soal turun tu memang saya dah tahu lama. Masa dalam pantang, bidan dengan misi yang cek hari-hari, betulkan peranakan tu hari ni, esok sudah lari. Hahaha... Lari pergi ke kiri.



So, kesimpulannya, rahim saya ni duduknya belah kiri. Sebab tu masa mula-mula mengandung dulu sakit nya ya ampun sebelah kiri. Pedih sangat-sangat. Sampaikan kalau nak bergerak sikit pun dah mula terasa bisa kat sebelah kiri ni.




Mulai dari perkara yang saya tahu soal peranakan turun ni, saya dah diharamkan oleh ahli keluarga yang tahu kes saya termasuk suami dari mengangkat benda-benda berat. Takut tu semua menjejaskan rahim saya.



Saya ada terbaca satu fakta untuk menentukan jantina anak. Kalau kita banyak mengiring ke sebelah kiri selepas bersama, maka anak itu akan lebih terarah sebagai lelaki insyallah. Betulkan saya kalau saya salah. Dan mungkin ini semua kebetulan, rezeki kami mendapat anak sulung lelaki.




Makanya, selepas ni saya akan mengiring ke kanan dengan lebih kerap untuk dapat kan adik perempuan untuk Rayyan Adam. Huhuhuhu

7 comments:

Unknown said...

ada gak terbaca mengiring ke kiri...tp tgk rezeki jugak kan...

Unknown said...

et : yyup. semuanya bergantung pada rezeki

Pinky said...

hai kak...i bercadang nk gi berurut...tapi takut juga...mcm tak percaya juga....dah 8 bulan kahwin....pernah hamil tapi dah gugur lepas tu period pulak mcm dah tak teratur.....bolehke i dpt bb lepas mengurut?

Anonymous said...

saye nie asik peranakan turun je..da tatau tmpat urut mane yg bagus..org kate kalo slalu urut pn xbagus gak kn? macam mane ea?huhuhuh

Unknown said...

pinky : sory lambat reply. soal nk berurut ni salah satu ikhtiar la kot. kalau org kampung mcm akak mmg mak akak lebih prefer soh berurut di samping berjumpa dgn doktor. dan kadang2 bukan selalu org prgi berurut bernasib baik terus mengandung. dan juga extra kalau dapat jumpa bidan yg handal bab2 sengkak perut org pmpn ni


any : huhuhu.. saya pun bukan pakar dlm hal ni. cuma ni based on my exp. but kalau nak try berurut ok je. cuma yg pasal tak elok kalau selalu berurut tu saya tak tahu pulak. actly, biasa tempat urut yg bagus ialah bidan kampung la kot. sbb saya mmg berurut dgn betul2 bidan kampung. cuma mungkin dah sedikit moden

fabe said...

google2, terjupe, sm la masalah kite mase kecik, kencing malam, pastu lasak pulak, skrg 9 bulan kawen, tk lekat lagi.....br nk g urut....

Unknown said...

fabe : thanks sudi dtg jengah. try la berurut. mana tahu ada rezeki