LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aug 11, 2010

Cabaran 4 Batang Gigi

Rayyan Adam now dah ada 4 batang gigi. 2 atas 2 bawah. Tapi kan, gigi dia yang atas tumbuh macam kelakar pulak. Giginya jarang. Hahaha. Tak pe. Janji sihat.



Tapi ramai kata, tu sebab gigi dia tak habis tumbuh lagi. Sebab tu jarang. So, belum penuh. Gambar gigi yang jarang tu tak sempat lagi nak amik. Ada je benda lain nak kena buat selain amik gambar gigi dia.



Perkara yang paling mencabar bila dah ada 4 batang gigi ni time nak menetek kan dia. Serius mencabar. Orang baru dapat gigi. Terus dia katup nya atas bawah.Waaaaaaaaa mama terus menjerit. Hahahaha. Apa nak kata. Sakit digigitnya.



Pernah satu hari tu, dia nak tidur. Saya pun nak bagi la dia nenen. Amik!!! Terus digigitnya. Saya menjerit tak ingat dunia. Terus Rayyan Adam nangis. Terkejut dengar jeritan mamanya. Rayyan Adam ingat mama marah.



Tak pasal-pasal kena pujuk. Terus bagi botol. Kesian kat anak mama ni. Meh kita pakat salah kan gigi Rayyan Adam. Huhuhu


2 comments:

Nurul Faeza said...

Berusaha nak byg kan mcm ne kak as menjerit sampai rayyan leh menangis hehe..dah besar ye ank kak as tu :)..comey..

~aSFaLiZa~ said...

faeza : ha bayang kan aksi akak kalau menjerit mcm mana. serius masa tu dia mmg takut tgk mama dia dh menyinga