LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aug 4, 2010

Gelang Perkahwinan Kami Hilang

Saat tiba ulangtahun perkahwinan kami yang kedua, gelang kahwin saya hilang. Tercicir. Tak tahu kat mana. Puas dah saya cari. Jumaat lepas balik kerja baru saya sedar. Tu pun lepas mandi nak pakai jam. Tengok-tengok tangan dah kosong.



Terkilan sangat-sangat sebab itu lah satu-satunya tanda di saat upacara pembatalan air sembahyang. Itulah tanda perkahwinan kami.


Suami pujuk. Kalau ada rezeki nanti abang belikan yang lain. Tengok lah kalau sebelum raya ni abang boleh belikan yang lain. Wei terharu beb. Saya bukan nak sangat harta dunia ni. Kalau beli lain, lain rasa nya. Lain tandanya. Lain maksudnya.


Mula-mula saya okey. Tenang. Cari je mana celah boleh cari. Dalam lubang tandas pun kami dok suluh. Last-last masa saya tengah duduk melutut. Suami datang kat saya. Dia pujuk. Cakap, dah memang tak de rezeki kita ni.


Start dari dia cakap macam tu. Terus saya melalak bagai nak rak. Sampai sedu-sedu sedih. Nangis masa duduk melutut. Nak pujuk isteri punya pasal, suami dukung angkat saya duduk kat sofa.



Suami kata, tak pe lah nak hilang gelang tu. Bukan kita sengaja. Kita cuma hilang gelang je sayang. Kita tak hilang anak kita. Kita masih ada Adam. Kalau hilang Adam lagi gelap dunia kita. Ni harta dunia sayang. Sayang nak gelang ke nak anak kita.... 



So, bila tengok muka anak saya je, terus hilang sedih kehilangan barang berharga. Apa pun anak ini lebih berharga dari segalanya. Tanpa dia gelap lah dunia kami. Rayyan Adam lah penyinar hidup kami sekeluarga.



Dalam pada tu nak jugak tau gelang baru. Nanti abang beli kan tau...

2 comments:

kella said...

laaa.. kalau aku pun terkilan gak nih!
takpe la asfa, nak buat camana, cari lagi selagi boleh, pastu try baca ya jammi' berkali2..dengan niat ikhlas percaya.. ya jammi' tu nama Allah, setakat ni kalau hilang barang insyaAllah boleh jumpa kalau menda tu ada di situ, kalau dah hilang jauh.. memang tak jumpa la..

take care!

Unknown said...

kella : tu la. terkilan mmg terkilan. tapi nak buat mcm mana. dh tak de rezeki