LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aug 3, 2010

Hadiah Ulangtahun Perkahwinan Kami Yang Kedua

Saat ulangtahun perkahwinan kami yang kedua bakal tiba, ada cerita sedih dan ada berita gembira. Cerita sedih kita hold dulu. Now saya nak bagi tahu hadiah paling bermakna dalam hidup kami suami isteri.



Yes. Anak sulung kami yang berusia 10 bulan sudah pandai berjalan. Rayyan Adam dah mula jalan jatuh. Tapi beliau akan jatuh setelah 10 tapak. Oh Tuhan. Hanya Kau saja yang mengerti perasaan seorang ibu ini saat melihat anak nya sudah pandai melangkah dengan sendiri.



Hati saya memang terharu melihat keberjayaan Rayyan Adam. 10 bulan segalanya mudah baginya. Saat 10 bulan sudah ada 4 batang gigi. 10 bulan ini juga mak dah mula bagi beliau makan nasi lauk kicap dengan telur goreng. Serius macam kelakar dengar anak saya makan lauk saya makan kecik-kecik dulu.



Makan nasi dengan telur ni ialah saranan doktor ye. Sebab nya nak train dia mengunyah sendiri dengan gigi nya yang 4 batang tu. Dalam 3 hari macam tu mak tak sampai hati tengok Rayyan Adam makan asyik tak habis je. Dia kata cucu nya tak nak mengunyah. Last-last mak kisar jugak. Baru lah habis makan. Saya bukan apa. Nak kasi dia belajar mengunyah. Mak pulak kesian tengok cucunya.

2 comments:

IbuDhira said...

Epi Anniversary!!!
semoga makin erat dan rapat ikatan suami isteri atr korang dua..makin bertambah ahli keluarga..bahagia dunia akhirat...tak rasakan dah 2 tahun berlalu...

~aSFaLiZa~ said...

rini : tq. amin. adam pun dh nak setahun. tu pun tak rasa gak