LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aug 3, 2010

Dugaan Menjelang 08.08.08 - Part 6

Tanggal 25 Julai 2008 betul-betul genap 2 minggu sebelum kami menikah, Tuhan benar-benar kotakan janji-Nya. Arwah pergi buat selama-lamanya. Pergi tanpa sempat menyaksikan pernikahan anak kesayangannya.



Terus terang saya katakan, memang dunia akhirat sayang kan arwah macam mak saya sendiri. Tiap kali pun ingat kan arwah, pasti air mata ni akan mengalir. Saya terlalu ikhlas menyayangi arwah.



Tinggal 2 minggu saja. Tiada apa yang boleh dilakukan selain dari teruskan saja majlis. Yang penting tunaikan apa yang wajib. Kami teruskan juga majlis. Terima kasih sangat kat mak masa ni sebab banyak bagi support kat saya. Mak datang masa arwah mak mertua meninggal. Abang dengan kakak saya pun ada. Diorang banyak sangat bagi semangat kat saya dan suami. 



Tuhan itu Maha Kaya. Saya percaya. Tiap apa yang dia tetap kan pasti ada cerita yang baik Dia nak bagi pada kita. Majlis nikah waktu ini hanya kami sekeluarga yang tahu apa yang terjadi. Kadi tak tahu apa-apa. Saksi tak tahu apa-apa. Imam tak tak tahu apa-apa. Apatah lagi jemputan. 



Sah saja saya jadi isteri waktu ini, banyak air mata yang mengalir. Pada hal orang tak tahu apakah maksud air mata ni. Orang tak tahu yang ini bukan air mata kegembiraan. Sepatutnya kami bergembira kerana sudah selamat semuanya. Walhal semua nya menangis sebab arwah yang beriya-iya nak tengok anaknya menikah.



Arwah tak nak tunggu pun. Tak tahan katanya. Walau pun hanya 2 minggu. 2 minggu je.... Mak... 


2 comments:

JeyHemSem said...

Baca entry ko, teringat kisah aku..lagi 10 hari nak akad nikah, arwah bapa aku meninggal..Terpaksa teruskan jugak dengan plan..mmg sedih..

Unknown said...

jay : beb masa aku dgr berita arwah ayah ko meninggal aku terus sentap. aku tahu mcm mana perasaan ko waktu tu. lagi la ko anak sulung. tak tahu la macam mana ko hadap dugaan mcm ni. tak lama je masa tu ko nak nikah