LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aug 2, 2010

Dugaan Menjelang 08.08.08 - Part 4

Kali ni memang dah terlalu dekat sangat dengan tarikh nikah kami. Arwah tetap macam tu. Ura-ura keluarga suami nak tunda kan majlis kami. Tapi arwah tetap kata terus kan jugak majlis walaupun tanpa dia. Ya Allah....



Saat genting macam ni, saya dan suami selalu bergaduh. Masing-masing tertekan. Air mata saya ni jangan cakap lah. Asyik menangis je. Walau pun arwah belum sepenuhnya menjadi ibu mertua saya, saya dah anggap arwah macam mak sendiri. 



Banyak benda penting yang saya dan suami patut selesai kan. Contohnya macam saya yang dah tak de abah. Maka semua urusan yang berkait dengan Pejabat Agama saya yang selesaikan sendiri. Saya tak macam kakak-kakak saya yang mana arwah abah uruskan untuk mereka.



Mana nak cari kadi, nak cari saksi. Wali dah tentu-tentulah abang long. Tak payah nak cari lagi dah. Cuma, ye lah. Yang macam saya cakap tadi. Semua urusan yang sepatutnya seorang anak perempuan tak buat, tapi saya kena buat. Turun naik Pejabat Agama.



So, bila tiba nak jumpa kadi. Jadi tegang sikit kat sini. Saya ajak suami jumpa kadi. Ye lah, yang nak akad nikah nanti dia. Bukan saya. Tapi sayang nak tinggalkan mak nya kat hospital. Bayang kan lah macam mana saya paksa jugak dia datang kampung saya. Masa ni masing-masing memang dah tak de mood apa dah.



Pendek kata, suami saya dah macam tak nak nikah dah. Dalam kepala dia cuma mak dia. Tapi nak buat macam mana. Tarikh memang dah tetap pun. Nak-nak kad jemputan dah edar dah. Mana boleh nak batalkan macam tu je. Tapi saya tetap redha. Andai kata keluarga suami berkeras nak batalkan majlis. Saya dengan ikhlas faham akan situasi yang berlaku. Alhamdulilah, keluarga saya pun faham keadaan ni.

2 comments:

gee ryder said...

sometime mende yg tak kita duga tu tetiba dtg kan..tp tula dinamakan qadak & qadar Allah..semua tu takkan berlaku tanpa izinNya

al-fatihah utk arwah mak mertua u

~aSFaLiZa~ said...

gee : yup. tu sume qada' & qadar Tuhan. sume ada hikmah di sebalik nya