LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aug 2, 2010

Dugaan Menjelang 08.08.08 - Part 2




Pejam celik pejam celik dah bulan 5. Lagi 3 bulan je nak masuk bulan 8. Waktu ni lah segalanya bermula. Arwah mak mertua batuk-batuk. Batuk yang tak berhenti. Dah pergi klinik pun makan ubat macam-macam tak baik jugak.




Suami masa tu bawa arwah pergi ke klinik swasta. Then, klinik kata suruh bawa hospital. Refer doktor pakar. Cek. Rupanya paru-paru berair. So, paru-parunya ditebuk supaya dapat sedut cecair yang dah bertakung dalam paru-parunya. Macam tu lah lebih kurang.






Bila dah stabil, arwah boleh balik rumah. Balik rumah keadaan masih sama. Batuk lagi. Ni dah masuk bulan 6 dah. Lagi beberapa hari je nak masuk 08.08.08. Arwah tetap juga gigih buat persediaan perkahwinan anak kesayangannya. Dah dekat 20 tahun katanya tak buat majlis besar-besar untuk anak nya. Tu yang beriya sangat tu. Cakap je nak sedia kan apa. Arwah tak lokek keluarkan duit sendiri nak beli barang persiapan.







Tapi penyakitnya tetap tak reda. Masih batuk lagi. Sejak arwah sakit teruk ni, suami dah tak merokok kalau arwah ada dekat dengannya. Bila keadaan tetap tak berubah, suami bawa semula arwah ke hospital. Tengok apa yang tak kena lagi.



Doktor tetap bagi tahu penyakit yang sama. Paru-paru berair. So, kena tebuk lagi. Kali ni tebuk dan sedut. Tiada apa yang keluar. Hanya darah. Arwah sangat uzur ketika ini. Walaupun sebelum ni kudrat arwah seperti orang muda.





2 comments:

Ena said...

Kesiannya..

Kuat semangat kan!..

Moga arwah tenagn di sana..

Al- Fatihah

~aSFaLiZa~ said...

ena : insyallah