Orang kata nak kahwin ni banyak kan dugaannya. Lain orang lain dugannya. Tapi saya mula-mula dulu macam tak nak percaya sangat hal-hal dugaan bakal pengantin ni. Kalau boleh segala-galanya nak buat dengan berhati-hati. Tak nak ada cacat cela nya nanti.
Namun kita tetap tak boleh menolak kerja Tuhan. Segala yang kita rancang pasti segalanya Tuhan yang tentukan. Kami suami isteri diuji ujian yang paling besar dalam hidup kami. Malah kesan nya hingga ke hari ini masih terasa. Bukan sahaja kami suami isteri, malah seisi keluarga merasai ketentuan Tuhan ini.
08.08.2008 tarikh yang memang kami dah setuju kedua-dua belah pihak untuk memetrai ikatan sah. Sejak dari awal tahun lagi kami dah mulakan persiapan. Januari 2008 dah mula merancang majlis kami. Beli itu, beli ini. Buat itu, buat ini.
No comments:
Post a Comment