LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aug 1, 2010

08.08.10

Bila masuk bulan Ogos tiap-tiap tahun kali ni mesti akan menyaksikan edisi ulang tahun perkahwinan kami. Alhamdulilah. Masuk tahun ni genap lah 2 tahun usia perkahwinan kami. Muda lagi kan. Rasanya masih putik lagi. Banyak lagi ranjau yang kami perlu lalui. Banyak lagi ujian yang Tuhan nak duga. Itu semua ketentuan Tuhan.



Di usia perkahwinan yang masih muda ni, kami dikurniakan anugerah yang tak ternilai harganya. Harta yang akan kami bawa hingga ke syurga. Alhamdulilah. Rayyan Adam pengikat cinta kami. Pengikat hubungan ini masih bertahan. Terima kasih sayang. Terima kasih Tuhan kerana menghadiahkan anak ini pada kami. Amanah ini akan kami jaga sebaik mungkin.



Abang, terima kasih kerana sudi menjadikan diri ini sebagai teman hidup abang sepanjang hayat. Semoga kita berdua tabah dan sabar atas setiap dugaan Tuhan. Sama-sama lah kita pelihara hubungan suami isteri kita ini sayang.



Dan saya minta agar semua yang membaca, doakan lah kebahagiaan rumah tangga kami hingga ke akhir hayat. Semoga kami dapat membesarkan dan mendidik anak-anak kami dengan sempurna. Semoga segala-gala perjalanan hidup rumah tangga kami berjalan dengan lancar. Dan semoga tiada lagi dugaan yang menimpa. Amin.