Hari ni tercapai jugak hasrta nak pergi My Dear warehouse sale. Nak cari safety gate. Yang lain-lain barang Rayyan Adam dah cukup dah. Tapi macam geram tengok storoller. Lepas tu tengok baby carrier yang goyang-goyang yang boleh gantung toys. Gggrrrrr... Sabau je la ye. Tunggu next version pulak.
Ikut kan semalam dah pergi dah. Tapi disebabkan warehouse ni tutup pukul 7 petang. Jumpa lokasi yang sebenar dah pukul 8 malam. Hmmm kecewa. Memang kecewa. Tu yang tekad kan jugak nak datang hari ni masa lunch. Sanggup tak makan tau.
Sangat comel kan baby carrier ni. Tapi apa nak kata. Rayyan Adam dah buas. Tak mungkin lah dia setia nak tidur kat dalam ni. Okey kali ni mata saya memang tengok color hijau je. Semuanya cantik-cantik.
Safety gate yang diidam-idamkan. Saya beli yang color biru tu sebab tinggi. RM173. Ayah Rayyan Adam cakap, setakat gate macam ni, Adam boleh rempuh punya. Tengok lah nanti. Ye puan-puan. Anak saya memang lasak. Sila tahu.
Ni satu lagi barang yang saya cari. Sterilizer dan bottle warmer. Seeee sangat murah bukan kalau kita beli kombo set. RM120. Tapi apa kan daya. Warmer tu habis. Licin!!!! Kecewa sangat-sangat. So beli sterilizer je lah. RM80
Dan 1 lagi saya beli botol Avent RM68. 2 pcs. Murah jugak kan? Total berbelanja hari ni RM253. Lalalalala....
7 comments:
ahernya! dpt pergi hehe.
murahkan! yang tang stroller tu tak tahan tu.. buggy pun lawa2.. npe tk beli??
hem tu bouncer bukan carrier..
ztee : stroller dah ada. buat semak je. duit pun nti melayang macam tu je. duit nya blh buat projek lain pulak. huhuhu
safety gate utk aqil ku beli yang besi kuning dlm pic tu.. masih utuh sampai sekarang.. walaupun aqil panjat dan bergayut kikiki.. abah dia grill lekat terus kat dinding :p
waaaaa...murah2 and cantik2..nasib bek lom ada baby sndiri..kalau tak msti geram je nak beli..hehe
FULAWEII .. soping2...
murah2 jgk tu
ada lg ke warehse sale ni?
rasa nk pgi jer
liana : now nak paku lekat kat dinding rumah sewa. hhuhuu. nti tgk rumah sdr mcm mana
nadia : nk stand by skrg utk ank sdr pn blh
zura : blh tahan la harga nya
gee : ada2!!! esok 4 hb last. cepat!!!!
Post a Comment