LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jul 4, 2010

World Cup 2010

Orang dah basi dah cerita world cup ni. Kat sini baru nak menebeng cerita pasal ni. Ye la. Game dah nak masuk separuh akhir pun.



Nak tahu tak kenapa saya kurang bercerita pasal world cup. Pasal nya suami saya bukan macam suami-suami orang lain. Sanggup bersengkang mata terjerit-jerit depan tv tengok bola. Yeezaaaa... Suami saya bukan lah orang nya yang minat bola.



Best? Best ke? Jawapannya tak best langsung!!!! Ni kalau nak tahu saya baru je tengok Argentina vs German sorang-sorang okey. Dia awal nya tadi konon la nak tengok sama-sama. Last-last ni bola tengok dia. 



Pelik kan saya tengok sorang-sorang. Yup! Saya salah seorang dari yang berjuta-juta manusia kat muka bumi ni yang minat bola sepak. Apa tak nya. Saya ada 3 orang abang. Seorang bapa memang lah bapak kau sorang cik kak oi. Semuanya gila bola.



Masa world cup 1998 arwah abah sanggup pergi beli tv lagi satu. So, bila ada 2 game boleh tengok live dua-dua game. Huh!!! Memang hapening la kami anak beranak. Masa tu semua abang-abang saya bujang lagi. Bila game yang pukul 2, 3 pagi, saya sorang je perempuan yang sanggup bangun kat rumah tu nak join tengok bola. Mak jangan harap la kan nak layan. Baik tidur.



Tahun 2002 pun macam tu jugak. Best tau ada family yang hapening layan bola macam ni. Masuk 2006 masa tu saya praktikal. Tersenggut-senggut lah mata bangun pagi tengok bola sorang-sorang. Layang jugak lah. Biar lah tak de kawan pun. Minat punya pasal. 



Now 2010 still lagi keseorangan. Tak kisah pun suami tak minat. Saya je lah yang macam orang gila terjerit sorang-sorang. Janji dia ada kat sebelah walau pun dia dah berlayar jauh dengan anaknya.



Oh ye. Pasukan pilihan saya sejak 2006 memang Belanda. Kali ni memang terlebih exited sebab the orange masuk semi final. Padan muka Brazil. Kahkahkahakahhhh.


2 comments:

kella said...

sejibik macam keadaan ku!
tapi jauh di sudut hati syukur lah juga, dia tak sefanatik lelaki2 lain di luar sana! tak pasal2 kang ada yang terasa hati...

hehehhe.. same lah kita... :)

~aSFaLiZa~ said...

kella : apa nak kata kan. dah nasib