LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 24, 2010

Perancang Keluarga

Saya tengah merancang keluarga saya sekarang. Saya dan suami tapi terutama saya lah yang mahu merancang bila saya akan pregnant lagi. Now memang saya amik cucuk depo yang tempoh 3 bulan tahannya.



Setakat ni okey. Cuma masa dos pertama dan kedua dulu agak kucar kacir lah hidup. Dengan period yang tak menentu. Period yang berpanjangan. Sampai kena amik ubat lancar darah. Bagi darah turun dengan sempurna. Sebab darah macam tersekat. Pulak tu lama pulak tu. Sampai lebih 15 hari berpanjangan. Tapi bukan lah darah yang heavy.



Now, semuanya macam dah okey. Tak de lah merunsingkan sangat. Cuma tarikh setiap kali period masih tak tentu hala. Saya akan cuba disiplin catit tarikh period saya lepas ni sebab nak tahu dah kembali normal ke belum.



Ada jugak sebelum ni saya makan pil perancang cap MARVELON. Memang tak boleh belah. 1, sebab saya memang tak suka makan ubat. 2, sebab pil tu buat saya migrain. Masa makan pil ni hari tu saya selalu MC.




Tu yang saya sambung semula cucuk depo. Saya dah mula berkira-kira kalau lah dah ada rezeki saya duduk serumah dengan suami dan anak saya kelak, saya akan terus pregnant semula. Maksud saya dalam jarak umur anak 2 atau 3 tahun it's okey kan. Salah satu nya ialah faktor umur kau bercakap macam kau tu dah tua kan




Hahahaha. Bukan. Sebab nya kalau boleh tak nak lah umur 30 baru start mengandung balik. Karang anak nombor 3 nak start bila pulak. Perancangan tu kan penting. Bila dah bersalin anak nombor dua nanti saya ingat nak cuba kaedah perancang keluarga yang lain. 




Maksudnya, saya nak cuba try IUD or pasang implan kat bawah lengan. Cumaaaaaa.... Macam takut nak pasang-pasang benda pelik ni kat dalam badan. Lagi-lagi IUD. Saya ada baca jugak orang kata time period ada macam benang terkeluar kat faraj kita. Haaaa... Macam seram kan dengar. 




Yang implan pulak saya tengok lah prosedur pemasangannya. Oh macam seram jugak. Hahahahah. Semua seram. Habis kau nak yang mana satu. Faktor saya berminat tentang kedua-dua kaedah sebab saya nak cuba protect dalam tempoh berapa tahun yang saya nak. So, bila tiba masa saya bukak la balik.



Lagi pun saya baca testi yang mana dah pernah cuba benda ni, ia takkan mengurang kan susu. Dan saya plan jugak untuk baby yang kedua saya nak BF my baby secara eksklusif. Insyallah. Ni semua hanya rancangan. Sebab tu saya nak mensurvey dari sekarang apa yang elok untuk saya, baby dan keluarga saya. Tapi kalau macam tak okey, saya terus kan je la cucuk depo ni sebab dah serasi.



11 comments:

syahrin abdullah said...

beranak 2tahun skali laa best..sorg lahir bulan 1 sorg lahir bulan 12..br perancangan unggul..haha,

syahrin abdullah said...

* RALAT ~ 2 kali setahun

~aSFaLiZa~ said...

syahrin : sibuk kan ko ni eh. suka ht aku la nk beranak bila

cik daisy said...

sume kaedah perancang pun akan ade effect berbeza ngan tiap org kan.. akak x penah mkn pil sbb mmg x suke pil. lg 1, x disiplin ;p akak try yg cucuk tiap 3 bln ni.. mmg period lari. tp paling x tahan tu, tiap kali nk dekat 3 bln sblm 'renew' cucuk, akan sakit kepala mcm nk pecah, mengalahkan migrain! akak pun ade migrain gak as ;)

fazilzura said...

lagi BESH of THE BESH , kalau makan MAKJUN tau ..heheheh

smbil merancang, bdn cantik & somi makan cayanggg

~aSFaLiZa~ said...

kak d : lepas ni nak buat plan apa pulak kak. huhuuu


zura : makjun?? waaaa tak pe la. busuk

cikcloudy said...

owhh... :)

cik daisy said...

hubby kata lps ni tiap thn kene pregnant. jd kilang.. sbb nk kejar umo & tambah anak cepat. cett! sesuki hati dia jer. tp lps main cucuk2 tiap 3 bln tu kitorg plan pakai kondom je. xde side effect. wuahahaha!

~aSFaLiZa~ said...

cikcloudy : errkk

kak d : best ke pakai kondom. hahahha

cik daisy said...

kite mane rasa. kene tny org laki lar sbb dia yg pakai.. kekekeke! menda tu nipis je as.. xde rasa beza pun..

~aSFaLiZa~ said...

kak d : hahha. nak pakai kondom pun as rasa mcm seram la kak