Compony saya ada 2 klinik panel. Mula-mula saya pergi klinik yang saya komplen tadi sebab dekat je. Bak saya kata lah tadi, memang tak memuaskan hati. Bila saya kata saya migrain, dia cuma bagi ubat migrain je la. Tapi dia cuma bagi stok untuk 1 hari je. Mana lah cukup weiiiii
Then, malam Aina minta saya hantar pergi klinik panel yang kedua. Aina demam. Tapi agak jauh sikit lah. Saya okey je. Saya pun boleh tumpang cek sekali lagi sebab saya nak tambah stok ubat migrain lagi.
Bila cek dengan doktor ni kan, memang lah sangat berpuas hati. Mula-mula dia cek tekanan darah. Lepas tu dia tanya saya ada demam ke tak. Saya kata lah tak de. Doktor kata, cek je lah, kot-kot demam. Ha amik ko....38.7. Saya tahu saya tak sihat. Tapi tak sangka lah pulak sebab saya migrain je.
Doktor tanya lagi, ada selsema ke tak. Saya kata ada. Doktor dah start bebel sebab saya tak bagi tahu kondisi saya. Bila dah cek paru-paru dia tanya ada sakit tekak ke tak. Saya kata 2 hari lepas ada lah. Sekarang dah baik. Last-last doktor tengok anak tekak, bengkak. Hahahahhaha.
Esok saya bagi awak MC 2 hari ye. Berehat. Doktor cakap. Mula-mula kan saya tak nak tau. Sebab kerja saya memang tengah menimbun. Serius. Tapi bila fikir dapat cuti free dan boleh balik kampung. Saya pun setuju. Hmmm tapi saya tak boleh drive balik malam ni. Ngantuk. Saya baru je lepas amik pain killer. Esok je lah pagi-pagi balik Melaka.
7 comments:
yeye sayang m.c. esok balik cni n g ambil anak kita kat kmpg. tp cian syg sakit...
:) Ayah Rayyan Adam
Ayah Rayyan Adam : ok kita amik adam
jgn salah amek adam kat puchong nih ek? hahaha!
aunty bubuh la shoutmix senang nak tinggal jejak...
Muhammad Adam Rayyan : ok nti aunty tgl jejak
safely arrived kt melaka? best jmpa anak!
zteesyahmi : dh sampai melaka pun pagi2 hari lagi. seronok ct 4 hari lepas rindu dgn anak
Post a Comment