LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apr 22, 2010

Kenapa Buat Contest

Sejak saya rajin berblog ni, antaranya saya rajin join contest. Selain dari mengharapkan menang, saya suka jugak bila bertambah kenalan dengan pembuat contest. 


Ada pembuat contest yang buat timbal balik. Biasanya kan syarat standard kena follow their blog dan list kan blog diorg. So, sesetengah pembuat contest akan buat timbal balik dengan cara yang sama. Ada juga yang tidak. Ini yang pernah saya alami lah dalam beberapa contest yang saya join.



Kat sini saya beranggapan mana-mana pembuat contest yang tidak membuat timbal balik hanya sekadar mahu membuat contest sahaja. Tidak lebih dari itu. Dan pastinya ada jugak yang hanya mahu menambah bilangan followers sahaja. Tapi ini bukan semua yang saya maksudkan. Hanya sebilangan kecil sahaja.



Bila saya dah mula join contest, ada jugak beberapa perkara yang terjadi. Contohnya, bila si pembuat contest tidak memberikan respon. Bila tiada respon dalam tempoh beberapa hari, saya mula tertanya-tanya. Kenapa dia tak respon??? Salah ke syarat-syarat yang dah dipenuhi? Tapi kalau salah, kena lah respon jugak bagi tahu mana yang tak betul. Kan dah ditinggal kan link di ruang komen berkenaan.




Ya betul. Bila join sesuatu yang ada hadiah, pastinya lah kita jugak teringin nak hadiah tu. Tapi pada saya, kalau menang tu satu bonus. Kalau kalah, tak rugi pun join. Bukan keluar duit pun. Malah entry kita yang bertambah.



Cuma, bila ada respon dari penganjur, sekurang-kurangnya saya rasa entry saya dihargai. Bila tiada respon, saya akan mula memberi respon kedua kepada penganjur. kalau tiada jugak apa-apa balasan, saya akan anggap yang negatif sahaja terhadap pihak itu.




So, pada sesiapa yang mahu membuat contest, ingat lah tips ni supaya tidak dianggap negatif oleh peserta. Walaupun kejadian ni pernah berlaku ke atas saya, saya tidak akan pernah serik dengan menjoin contest. Saya suka dengan apa yang saya lakukan sekarang. Dengan menjoin contest, aktiviti blog saya juga aktif.




Mungkin pada masa akan datang, saya akan join contest yang besar-besar pulak. Mana lah tahu ada yang sedia kan hadiah kereta ke, rumah ke. Dengan menjoin contest yang kecik-kecik ni lah akan menambahkan kemahiran saya menjoin contest.

8 comments:

NAZLIANA SI CUTE said...

bosan gak kann kalau tak dak respon..

Unknown said...

nornazliana : yup. memang membosan kan dengan pembuat contest yg mcm ni

Ztee_Azwanis said...

hhehe. sy tkde pengalaman bt contest.. ermmm centu erk..

awak suka join contest. ape kata, awk lak buat contest..? hehehe.. ok gak kan.. ;)

Nazz@Purple said...

nanti join contest nazz ek..

Unknown said...

zteesyahmi : nk buat contest tak tahu nak bagi hadiah apa. huhuhu


Nazz@Purple : mmg nak join pun kalau layak. nk tgu mlm ni apa contestnya

hazlina said...

bestnya blog awk..saya follow ye..jgn lupa follow saya jgk..:)

Lady D'yot said...

bila akak plak nk wat contest?? adiah besh2 tau..nti kte join..hehe

Unknown said...

hazlina : tq. i folllow....


nARd eLainY : tak nak la bagi nard join contest akak. nti nard rasuah