LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apr 22, 2010

Kelebihan Teh O

Teh O sangat sedap. Saya bukan lah penggemar teh o tapi saya peminum teh o. Saya adalah penggemar nescafe dan kopi. Sebab tu migrain berleluasa kat kepala ni. 



So, apa yang lebihnya teh o ni. Kan ada kafein jugak. Boleh sebab migrain jugak. Sebelum ni saya memang pernah terbaca satu artikel pasal teh o. Saya tak ingat kat mana, sama ada kat internet atau majalah atau surat khabar. Artikel mengatakan tentang kelebihan teh o. Di sini saya tekan kan lagi, teh o, bukan teh yang bersusu atau teh tarik atau teh mamak. Tapi teh o. Jelas?



Apa yang lebihnya? Teh o boleh mengurangkan seseorang daripada serangan sakit jantung. Saya membaca artikel itu dan saya menulis tentang ini berdasarkan fakta. Sejak saya lahir, minuman rasmi keluarga saya ialah teh o. Setiap pagi dan petang mak akan menyediakan seteko atau sejug teh o untuk santapan kami setiap hari.



Kenapa saya kata fakta? Sebab, risiko kurang serangan jantung telah berlaku ke atas mak saya. Mak memang penggemar teh o yang setia. Air masak hanya akan diminum jika terdesak sama ada air teh o habis atau dah tak ada pilihan nak minum air lain. Sebab tu jugak lah mak ada kencing manis.



Apa yang berlaku ialah, mak tak pernah jatuh pengsan disebabkan terperanjat mendengar cerita-cerita kejutan. Mak menten je kalau ada dengar ahli keluarganya kemalangan ke, ditimpa bencana ke, diteperanjatkan dengan sengaja ke, dengar ahli keluarganya meninggal ke. Sebelum ni pelik jugak, kenapa lah mak atau bapak orang lain yang dah meningkat usianya selalu sakit dada bila ada kejadian yang macam saya sebutkan tadi.



Rupanya, bila saya baca artikel tu, saya jumpa kebenaran apa yang berlaku ke atas diri mak saya. Saya pulak, mungkin tak macam tu sebab saya adalah penggemar nescafee dan kopi. Mungkin saya berisiko sakit jantung macam arwah abah.

2 comments:

nARd eLainY said...

sy penggemar teh o...slurrpppp~

~aSFaLiZa~ said...

nARd eLainY : semoga anda tidak diserang jantung bila dimarahi bos