LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 7, 2010

Nak Jadi Sukarelawan Ke Gaza

Wah kau bukan main lagi tajuk. Kau tak takut ke makcik kena tawan dengan rejim israel yang ganas nak mampus tu. Tak takut? Kau tak takut eh. Hahahaha... Eh tapi memang betul tau. Dulu-dulu kan saya ada pasang cita-cita nak jadi sukarelawan yang tolong-tolong orang susah ni. Memang berangan lah nak jadi macam tu. Kira konon lah nak jaga kebajikan orang. Maklumlah...Saya ni kan berjiwa sensitif.



Sepanjang cerita pasal tawanan kita yang nak pergi hantar kat Gaza tu kan, saya memang tak lepas la berita-beritanya. Pendek kata kalau ada berita pasal sukarelawan tu mesti stop kejap buat kerja lain. Nak pergi tengok tv kejap. 



Semalam lagi lah... Kan diorg sampai pagi kan. Ha rancangan tu kalau ikutkan orang lain bosan kot. Tapi saya suka tengok. Macam saya suka tengok cerita Lagenda Budak Setan okey tak de kaitan.



Then, tiap kali pukul 1.30 tengah hari, pukul 8 malam dan pukul 12 tengah malam mesti dah terpacak depan tv. Tu belum yang berita terkini tiap 1 jam. Exited nak dengar berita. Lepas tu lepas habis Mentor tengok TV 1 pulak ada forum entah apa entah tajuknya. Diorg invite mangsa-mangsa tawanan tu. Hati ni memang dup dap dup dap je lah dengar diorg cerita pengalaman masa kena tawan. Eeeee...masa tu memang geram lah sangat dengan musibat dunia tu Israel. Lepas forum tu ada pulak sembang-sembang entah siapa pengacara siapa tetamu saya pun tak kenal. Janji cerita pasal Gaza dengan Israel memang menarik minat saya. 



Ni jam dah pukul 12 malam ni. Bila entah nak tidur. Esok subuh-subuh nak drive balik KL. Sampai kan dalam mimpi pun masuk kau... Ha amik kau... Benda ni kalau teringat-ingat memang menyibuk dalam mimpi. Dah tu pagi kat Hot FM diorg invite pulak family salah sorang mangsa. Pehhhhh ni memang menyentap jiwa. Drive sekor-sekor boleh nangis pulak dalam kereta. Eh apahal pulak kau nangis. Bini orang tu tak nangis pun. Eh tapi sedih beb. Serius sedih. Macam mana lah isteri-isteri diorg tu boleh tabah kan. Hish kalau saya, memang tak tahu lah dah berapa gelen air mata ni keluar. Ni baru cerita orang lain pun air mata kau dah berduyun tumpah.




Sememangnya hati saya cukup tersentuh memikirkan nasib mangsa-mangsa kat Gaza. Tetiba saya terfikir akan bayi-bayi kat sana. Kesian sangat. Tak cukup kemudahan. Tak cukup kelengkapan. Macam mana lah mak ayah diorg kat sana nak jaga sakit pening anaknya. Ni kita kat sini, anak tumbuh ruam je pun dah kelam kabut nak cari specialist. dah tu kanak-kanak kat sana mesti punay lah cita-cita nak jadi pengebom atau penembak atau pembunuh atau pencipta senjata api terhebat di dunia atau bla bla bla. Ha kau bayang kan l ah cita-cita mangsa keganasan kat sana. Kita ni kat sini sibuk dok suruh anak jadi doktor bagai. Okey tak pe. Nanti kalau Rayyan Adam jadi doktor mama izinkan sayang hulur bantuan pada yang memerlukan. Sob sob sob



So, saya bersyukur sangat-sangat saya dilahirkan di bumi bertuah Malaysia yang j auh dari perang-perang dunia macam tu. Dan saya juga bersyukur dapat menyempurnakan nasib anak saya seadanya. Apalah daya kita kan nak membantu mereka di sana. Doa dan kalau ada lebih kita sedekah apa yang patut. Duit, makanan, baju. Eh tapi kalau bagi baju, diorg kat sana nak ke pakai baju kurung. Hahahaha


14 comments:

suamihanyisterizuki said...

tak dapat pergi sana tolong pon xpertapi kalau dadapt, sunggoh bertuah kan...senjata kita umat ISLAM nih, doa pada ALLAH, InsyaALLAH...

meh ramai ramai doakan utk rakyat palestine...ameennn

~aSFaLiZa~ said...

hany : yup. amin. doa kita ramai2 antara yg kita blh bantu

nARd eLainY said...

kita mmg sentiasa perlu bersyukur dgn apa yg kiti miliki..

fazilzura said...

salam

daku ni sukarelawan dlm msia pun x lopeh lg.. nk ke GAZA? ayokk ... mampu ke?

betui tu , syukur ..
tp dl msia ni cm extra sepi le plak ..
tgk negara lain mcm2 bantahan diorg wat ... kite tetap layan brg2 dr sanun

~aSFaLiZa~ said...

nadia : betul betul


fazilzura : hehehhe.. tu la. kita ni dlm malaysia pn mcm tak lepas. lagi nak ke sana yek

Lekir said...

good ^_^
Jangan bimbang lepas ni Iran akan join sama.

http://bumimelaka.blogspot.com/2010/06/mungkin-ini-bantuan-allah-kepada-misi.html

~aSFaLiZa~ said...

lekir : tq 4 ur info

zteesyahmi said...

rajin nak tlg org, kan tk pasal duk menangis tak tntu pasal kat sne.

kan sensitif. hihihi

~aSFaLiZa~ said...

ztee : hahahha.. tahu tak pe. silap2 kat sana dok menangis je. tlg nya tidak

zteesyahmi said...

org lain lak kna tlg awk. hihih haru

~aSFaLiZa~ said...

ztee : hahahha..kelaka je kan

Anonymous said...

Hi, saya nak tanya, awak tahu ke bagaimana nak jadi sukerelawan ke gaza?

~aSFaLiZa~ said...

anonymous : salam. maaf saya pun tak tahu mcm mana. saya pun pernah berangan jek. sory... nanti ada apa2 info saya publish kat blog ni yek

Unknown said...

網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ