LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 11, 2010

Menjeling-Menjeling Ku Bertentang

Mata kita sama memandang... Lalalalalala



Dulu-dulu kan masa saya sekolah-sekolah saya suka jeling orang. Tapi  bukan bermaksud dengki. Tapi habit. Mata ni macam terbiasa jeling orang. Jeling yang macam kerling. Tapi bukan juling tau.



Actly, jeling tu tak de niat pun. Macam saya cakap tadi. Habit. Terbiasa. Dah tu kalau jeling macam nak cari gaduh. Pada hal tak. Saya cuma tengok je. Tapi orang yang kena jeling tu ingat saya nak gaduh dengan dia.



Habit ni yang selalu tegur ialah arwah abah. Abah selalu tanya saya, nak gaduh ke dengan orang yang saya tegur atau tengok atau jeling tu. Eh saya kata, saya tegur macam biasa je. Saya tengok pun macam biasa je.



Dah tu abah kata, saya punya jeling macam nak gaduh dengan orang tu. Situasi ni berpanjangan tau. Sampai lah saya bertunang, tunang saya kata mata saya jahat. Ok fine... Dah 2 orang yang berani tegur habit buruk saya ni. Dua-dua pun orang saya paling sayang. Dua-dua orang ni pun paling sayang saya. Berani kan diorg tegur.



Lama-lama bila umur makin matang. Nak-nak lepas ni akan bergaul dengan keluarga mertua. Saya cuba ubah habit saya. Kawal mata ni. Tak mo jeling-jeling. Kalau nak tengok pun, tengok dengan penuh sopan santun. Kawal mata ni. Takut jadi kejadian menjeling-menjeling ku bertentang.



Alhamdulilah. Saya dah kurang dah buat benda tu. Maybe dah tak de kot. Cuma kalau tak kena gaya dengan orang tu, siap lah  kau. Nak kena jelingan maut aku. Try lah. Tapi sekarang baru sedar, kalau kena jeling dengan orang lain, mak aiiii sakit nya hati. Tetiba nak cakap dengan orang tu, kau apahal nak jeling aku. Aku ada buat salah ke dengan kau? Kau jeles eh tengok baju aku cantik? Ha macam tu lah saya kalau kena jeling dengan orang tu. Sebab tu saya dah insaf dah tak nak jeling-jeling orang.



Dah lah. Mata ni pun dah naik juling. Okey bai