LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 9, 2010

Hipokrit

Anda-anda semua pernah dengar perkataan hipokrit tak. Tentu-tentulah tahu kan. Bagi saya ni kalau hipokrit orang yang berpura-pura. Konon je la kan suka. Pada hal tak suka. Hipokrit lah tu. Then ada jugak yang pada hal suka. Tapi buat-buat tak suka. Sama jugak lah. Tunggang terbalik je benda ni.



Geram kan kalau jumpa orang macam ni. Kita dah tahu dah dia tak suka kita. Tapi buat-buat baik dengan kita. Walhal kau belakang bukan main lagi pung pang sana pung pang sini.



Saya ni kan puan-puan meh nak habaq sebijik macam mak temah dah aku ni kalau dah tak suka kat orang tu memang tak boleh dah nak kawal muka ni. Maksud saya memang tak de nya nak pura-pura. Memang saya takkan tegur dah. Kalau tegur nanti takut tone suara lari. Walau pun sebenarnya maksud asal nak berbuat baik. Tapi memang tak jadi lah lakonan tu. 



Ni mesti ada yang cakap, kau siapa nak tak suka tak suka orang ni. Ye, saya tahu saya siapa. Tak semua orang saya boleh suka. Saya ni manusia biasa. Ye tak? So, tindakan yang lebih baik, lebih baik saya diam....Diam tak bererti aku kalah. Hahahahah. Eh tapi memang betul lah. Saya kalau agak kureng dengan seseorang akan hanya diam. No topik. No idea. Semuanya serba tak kena kalau ajak bersembang. Nanti jadi sumbang.



Time ni mula la orang cop sombong lah apa ke kan. Nak buat macam mana. Memang tak nak hipokrit dengan diri sendiri. Bukan ke tu namanya bohong pada diri sendiri. Ni tak. Ada jugak orang yang macam saya cakap kat atas tadi. Dia tak suka, tapi buat-buat suka. Dia suka tapi buat-buat tak suka.



Entry ni tak de kaitan dengan siapa-siapa pun. Hanya untuk diri saya. Pengakuan ikhlas. Mana yang kenal saya, tahu lah kenapa saya tak suka kat seseorang. Selagi orang tak usik perasaan saya dan orang-orang kesayangan saya, selagi tu saya tak de hak untuk tidak suka dia. Tu je. Ni tak kira siapa lah kan. Saya memang macam ni. Sedara mara ke, apa ke. Dan kalau orang tak suka saya  pun saya terima tau. Saya tahu dia tak suka saya. Maka dengan itu saya takkan tegur dia. Dah orang tak suka kan. Nak buat macam mana. 

5 comments:

nARd eLainY said...

bagus2..i like this attitude~ berani berterus terang.

suamihanyisterizuki said...

lalalala...

;)

~aSFaLiZa~ said...

nadia : ahaks!

hany : apasal ko nyanyi plak

hidayah said...

btol2..tk pyh la nk jadi hipokrit..muke kejung je nnt..tk psl2 kedut..tk suke blah...take it or leave it..wahahahha..(tetiba teringin nk komen kt blog ko..)

~aSFaLiZa~ said...

hidayah : oh peminat setia blog ni. tq 4 ur suport. ececehceh