LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May 2, 2010

Menu 1 Mei


1 Mei Hari Buruh. Mencabar diri memasak siput sedut masak lemak cili api. Ini adalah percubaan kali kedua. Kali pertama hancur lebur. Ketika itu, usia Rayyan Adam 4 minggu dalam kandungan. Ayah Rayyan Adam teringin siput sedut masak lemak dicampur dengan pisang muda. Tapi apa kan daya. Waktu itu, saya masih dalam keadaan mabuk. Masak lemak pun belum lulus sangat lagi. Kecewa jugak waktu tu kerana saya buang terus lauk yang sangat banyak. Jadi, kali ini, mahu berusaha memenuhi kegemaran suami.




Alhamdulilah...Saya berjaya menyediakan siput sedut masak lemak cili api





Kemudian ada tahu tak pe goreng





Ayam goreng






Pucuk manis masak air






Daun sup sebagai ulam







Nampak tak, betapa rajinnya saya menyediakan lauk yang banyak dalam satu masa. Ni kira sejarah la sepanjang saya hidup ni....





Salah satu cabaran yang saya rasa tercabar ketika menyediakan hidangan siput sedut ialah cara-cara pembersihannya. Percubaan pertama dulu saya gagal kerana sebab utama saya tidak pandai membasuh siput sedut. Hasilnya masakan saya hanyir. So, kali ini saya membasuh dan merendam siput sedut tu dengan air asam jawa sebanyak 3 kali. Hmmmm satu lagi sangat penat tangan ni mengetuk bontot siput.









Beberapa ekor siput yang terlepas menjadi mangsa masakan lemak cili api

No comments: