Telinga kami anak beranak adalah sama. Tak sangka kan? Kami sama. Sama dari segi apa? Adakah bentuknya? Rupanya? Capang ke? Pekak ke?
Mula-mula adalah saya. Saya punya telinga adalah sangat tipis. Eh tapi bukan tipis fizikal. Tapi tipis sifat. Tak faham? Macam ni. Yang dinamakan tipis kerana sangat peka mendengar walaupun dalam tidur. Ha ini lah masalah saya sejak dulu.
Saya pasti sangat peka mendengar ketika tidur. Saya benci keadaan ini. Kerana saya tidak akan boleh lena selenanya menganyam mimpi. Keluarga saya amat tahu keadaan ini. Mereka tidak akan sesekali menguatkan bunyi tv atau radio ketika saya tidur di ruang tamu. Saya akan menjadi tidak tentu arah bila mendengar bunyi-bunyian.
Masalah ini bertambah berat bila saya masuk ke universiti dan bekerja di mana saya terpaksa berkongsi bilik dengan orang lain. Saya akan menjadi sakit hati dengan orang yang bergayut bercinta di tengah malam bercakap dengan pakwenya di sebelah telinga saya. Walau pun jarak nya adalah jauh. Tapi telinga saya akan dengan yakin mendengar setiap butir bicara mereka.
Oleh kerana saya terlalu tidak tahan dengan keadaan ini, ada masa saya akan mensound direct menyuruh mereka berbual di luar.
Rupanya saya berkahwin dengan orang telinga tipis jugak. Jadi, amat mudah la saya menjaga pergerakan saya kerana saya tahu keadaan orang telinga tipis. Dan saya juga sangat gembira kerana suami juga pandai menjaga telinga saya.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Itu pun kalau tak tumpah kat lantai. Rayyan Adam amat memiliki sifat-sifat kami suami isteri. Tidurnya pantang terdengar bunyi. Pasti akan terjaga dengan besar sekali matanya. Sukarkan keadaan ini. Kami terpaksa berhati-hati mengeluarkan bunyi ketika dia tidur. Tidurnya juga tidak boleh di alih kan ke mana-mana. Kalau di alih kan ibarat kita mengejutkannya dari lena.
No comments:
Post a Comment