LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apr 15, 2010

Saya Bukan Tak Nak

Saya bukan tak nak melawat kawan-kawan lama terutama yang menjadi suri rumah. Saya juga bukan berlagak tak nak jumpa anda kerana saya berkerjaya. Bukan. Tapi saya duduk jauh dengan keluarga saya. Saya hanya ada waktu hujung minggu sahaja dengan keluarga. 


Harap faham situasi ini. Terima kasih sebab anda sudi datang melawat saya. Tapi dengan lawatan anda jangan berharap saya akan membalas. Dalam masa 48 jam seminggu sahaja yang saya akan habiskan masa untuk kesayangan saya.


Saya berkahwin dengan orang lain negeri. Bila hujung minggu ada saja aktiviti keluarga kami sama ada keluarga sebelah suami atau saya sendiri. Maka untuk kawan-kawan? Saya bukan menafikan untuk tidak bersosial dengan kawan-kawan terutama yang menjadi suri rumah. Cuma saya mahu menjelaskan mengapa saya tiada masa untuk anda. Mungkin pada waktu bekerja saya ada masa. Cuma mungkin anda yang tiada masa kerana mahu menjaga anak ketika suami bekerja.


Saya juga hanya akan dapat bermesra dan berkasih sayang dengan penuh kualiti bersama suami jika beliau bercuti sahaja. Suami saya hanya bercuti 3 minggu sekali pada sabtu dan ahad. Selain dari itu, sabtu dan ahad adalah waktu bekerja baginya. Saya pernah ditanya oleh seseorang, apa punya compony yang suruh-suruh orang kerja sabtu ahad? Saya hanya diam. Sedikit kecil hati. Saya tahu orang itu juga macam saya bercuti sabtu ahad. Tapi peraturan kerja suami saya memang begitu dan segala tugasannya pada sabtu ahad bukan tiada habuan. 


Jadi, anda bayangkan yang cuti 3 minggu sekali tu adakah semuanya berkualiti buat saya untuk saya habiskan masa bersamanya?


Itu belum lagi campur kalau ada kenduri kendara, jemputan kahwin, kematian bla bla bla. 


Tunggu la. Bila tiba masa saya sudah tetap serumah dengan suami dan anak, akan adalah masa untuk kita berlibur selagi suami saya izinkan

5 comments:

Nazz@Purple said...

kagum nya dgn cinta jarak jauh..ramai gak member naz,ujung minggu je leh jumpa hubby n anak..

Unknown said...

Nazz@Purple : tq. tapi hati sendiri ni tak berapa nak kagum. hari2 menanggung rindu. waaaa

Ena said...

X per la.. abaikan aje cakap2 org yg tak paham apa yg sedang dialami.. Tp sy amat bangga sbb tak ramai yg mampu.. mcm sy.. sy tak boleh mc tu..sbb sy ni tak kuat kot!!>.huhu

una said...

as pjj ker dgn hubby? sy dulu pon pjj...sempat la jaga adam sorg2 utk few mths. skang alhamdulillah dah 5 bln dpt duduk skali...

Unknown said...

Ena : berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul


una : yup. kami jarak jauh hampir 2 tahun. huhuhu. best nya una dah dpt dok sebumbung dgn husband