LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apr 19, 2010

Kontes Ibu Kaulah Sumber Inspirasiku


Kali ni mahu expose muka mak pulak. Ajak mak join contest kot-kot lah menang. Kalau menang memang rezeki mak lah kan. Siapa mahu join boleh la click gambar penganjur di atas iaitu Zaidah






Gambar yang saya paling suka ialah






Ibu kaulah sumber inspirasiku.....


Buat emak, tiada kata yang dapat tandingi pengorbananmu. Mak sanggup bersusah hingga ke hari ini walau pun kudrat mak bukan segah dulu. Waktu arwah Abang Ngah dalam keadaan tenat melawan kanser usus, mak lah orang yang menemani arwah hingga ke hujung nyawa. Mak memeluk arwah Abang Ngah seperti bayi kecil. Yang paling orang tak dapat lupakan, mak gagah mahu dukung arwah ke bilik air. Mak??? Apa yang mak nak buat ni? Mak tahu kan bagaimana kudrat mak? 




Mak kata lagi, antara suami dan anak, mak lebih mengingati anak berbanding suami. Bila terkenang kan arwah Abang Ngah, mak pasti menangis. Jadi, fikirlah bagaimana tingginya nilai kasih sayang mak terhadap anak....




Buat mak juga, tiada harta yang dapat ku persembahkan atas kasih sayang mu. Hingga kini mak masih lagi tidak kedekut dengan kasih sayang mak terhadap orang. Jadi, apa lagi yang dapat orang katakan untuk mak mengetahui juga yang orang amat menyayangi mak.




Tanpa emak tidak wujud lah sekujur tubuh ini di sini. Tanpa emak tidak lengkap lah kebahagian ku dunia akhirat. Emak tegar hadapi dugaan hidup membesarkan kami. Kudrat emak usahakan juga kami 7 beradik cukup makan. Emak, orang sangat sayangkan mak dunia akhirat. Emak pasti akan sentiasa tersemat dalam hati ini hingga nun jauh di lubuk hati ini.
 

4 comments:

miss lolly a.k.a luvfareda said...

Warghhhh

sweet :)

Unknown said...

miss lolly a.k.a luvfareda : tq syg

Zaidah said...

syahdu zai baca karangan asfa2liza...terima kasih sudi join...good luck

Unknown said...

Zaidah : tq zaidah