LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mar 17, 2010

Dah Mengandung Kembar Dah

Saya bakal menimang anak saudara kembar tak lama lagi. Insyallah. Kan saya pernah kata di sini, ini adalah baka.


Ingat tak adik ipar saya adik suami yang kahwin tempoh hari. Ha dia lah orangnya yang sedang membawa baka kembar keturunan suami. Terima kasih Tuhan mendengar doa saya. Walau pun bukan dalam kandungan sendiri, tapi ianya masih juga menjadi darah daging suami dan Rayyan Adam.


Beliau sudah scan dan sudah mengwar-warkan pada sanak keluarga. Makanya semuanya gembira apatah lagi suami. Rayyan Adam berganda mendapat sepupu yang akan hanya muda setahun saja. Dengan ini Rayyan Adam akan ada geng. Mana taknya, sepupu yang lain semua dah tua bangka. Ada yang dah nak berlaki pun ada.


Rayyan Adam sangat bertuah kerana mendapat sepupu kembar sebelah mama dan kini bakal mendapat sepupu kembar sebelah ayah pula.


Saya kini sedang bergiat memujuk suami memberi saya kembar juga. Suami kata, itu semua kerja Tuhan. Kalau Tuhan kata ada rezeki kita dapat kembar, dapatlah kita. Kalau tak de jangan diungkit-ungkit. Manalah tahu Rayyan Adam yang akan bakal mewarisi membawa baka ini. Jadi tidak mustahil saya bakal menimang cucu kembar sebab baka saya dan baka suami.

No comments: