LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Feb 24, 2010

Kembar

Saya berasal dari keturunan kembar. Tapi saya bukan lah kembar. Keturunan sebelah abah adalah terlalu ramai pasangan kembar. Ini adalah fakta. Genetik kembar dalam keturunan kami sangat lah kuat. Boleh dikatakan setiap keluarga dalam family abah ada pasangan kembar. Tidak kira kembar itu kembar perempuan, kembar lelaki, kembar lelaki dan perempuan. Ada juga yang dapat kembar tiga. Ini adalah serius. Dan dengan itu juga saya terkahwin eh bukan berkahwin dengan orang yang ada juga kait mait berketurunan kembar. Arwah mak mertua pernah melahirkan pasangan kembar. Dan saya juga bukan berkahwin dengan kembar. Saya harap untuk kandungan seterusnya saya berezeki melahirkan pasangan kembar yang sihat dan sempurna fizikal dan mental saya bukan mengandung lagi buat masa sekarang ni okey


Gambar di bawah ialah kembar hasil daripada keluarga saya sendiri iaitu anak abang ngah merangkap anak saudara yang mana kami ni sedarah sedaging


 
 Nurul Syafiqah & Nurul Syafinaz

  
 Kiri Kakak kecil & Kanan Adik besar

 
Mak Anjang ambil berkat nak baby kembar lak lepas ni. Hehehehe

2 comments:

Mama's blog said...

kita sama lar ... sebelah abah akak ... adik abah akak wife dia 3 kali melahirkan kembar, 1st perempuan, 2nd laki/pompuan & 3rd pompuan .. nenek sedare blah abah pun kembar, sepupu akak lak sebelah mak ade anak kembar, pompuan ... family akak tak dek lak kembar ... blah asben tak plak dgr ade kembar ...

~aSFaLiZa~ said...

jap lagi anak akak kebarangkalian nk lahirkan kembar mayb ada sebab ni mmg fakta keturunan kan. hehehhe...doa2 la akak bakal dpt cucu kembar kalau ada rezeki