LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mar 1, 2010

Portable Air Cooler

Tahu tak kerana musim panas yang amat sangat sekarang ni Rayyan Adam sentiasa tidur dalam keadaan berlenggeng. Rayyan Adam seorang yang tidak boleh panas. Beliau akan berpeluh yang banyak terutama ketika tidur. Peluhnya akan lebih jelas terlihat di bantal. Habis basah bantal beliau kerana peluh itu. Pada awalnya saya tidak berani sangat membiarkan Rayyan Adam tanpa baju kerana risaukan dadanya yang terdedah bukan kerana seksi tapi kerana nafasnya. Tapi memandangkan Rayyan Adam ada sejarah demam panas, nak tak nak saya bukakan juga bajunya.


Dek kerana musim panas ni juga lah saya dah buat permintaan kepada suami untuk bekalan air cond di rumah. Tapi suami kata, ni rumah sewa. Leceh nak buat wiring rumah orang ni. Kalau rumah sendiri memang dah pasang dah. Jadi sekarang ni saya hanya mampu mencari portable air cooler sahaja untuk panambahan kesejukan di rumah. Kasihan melihat anak kepanasan. Saya juga terbabit sama tidur sudah tidak dalam keadaan sopan lagi.


Tapi saya juga perlu mensurvey apakah jenama portoble air cooler yang bagus dengan jenama dan harganya demi kesejukan anak tercinta. Apakah?

No comments: