LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dec 17, 2009

Saat Kelahiran Rayyan Adam Part 3 (Kejadian di Hospital Besar Melaka)



28 September 2009
jam 3 ptg saya sampai di unit kecemasan Hospital Besar Melaka dan mula dihantar ke wad bersalin untuk diperiksa. Seperti di Hospital Jasin tadi, 'jalan' kelahiran dan jantung Rayyan Adam diperiksa. Jantung Rayyan Adam menunjukkan tanda yang kurang menyenangkan. Pada mulanya saya tidak begitu risau. Tapi apabila jantung Rayyan Adam diperiksa untuk kali kedua di Hospital Besar Melaka dan doktor memberitahu bahawa jantungnya telah mulai lemah. Doktor memberitahu ada kemungkinan saya akan dibedah jika Rayyan Adam semakin lemah. Saya hanya pasrah dan tidak boleh berfikir saat itu.


Doktor akan memeriksa saya semula pada jam 12 tgh mlm nanti. Pada masa ni jam baru menunjukkan pukul 8 mlm. Saya pun keluar dari wad bersalin tersebut dan mencari suami tercinta untuk menenangkan fikiran. Saat ini saya yang saya tahu hanya lah memohon maaf dan mendapat keredhaan suami demi perjuangan melahirkan anak ini. Walau saya tahu suami sentiasa redha, tapi saya masih lagi mahu mendapatkan keampunan darinya. Sesungguhnya syurga seorang isteri terletak di kaki suami. Lebih kurang 11 mlm saya mula sakit di bahagian pinggang yang amat sangat. Suami masih sempat menggosok pinggang saya untuk meredakan kesakitan sambil memujuk Rayyan Adam supaya jangan nakal-nakal kat dalam sana. Kasihan kat mama sakit...


Jam 12 tgh mlm jantung Rayyan Adam diperiksa untuk kali ketiga dan pada kali ini scan menunjukkan Rayyan Adam menggenggam tali pusatnya sendiri. Dalam masa yang sama, tali pusatnya juga sudah mengelilingi lehernya. Oh Tuhan....Patutlah anakku tidak boleh bernafas dgn sempurna. Setelah semua selesai diperiksa, saya mula diberi ubat berak untuk membersihkan segala isi perut. Sebelum memasuki dewan bersalin, saya mendapatkan suami sekali lagi dan mencium tangannya sambil meminta restunya sekali lagi. Saat ini adalah saat yang paling mengharukan bagi saya...



2 comments:

Fielah said...

aku bace pun terharu oh...mata ku panas

Unknown said...

aku berjaya memanaskan mata org....