LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mar 20, 2009

Indahnya Percintaan

Sejak berbadan dua ni rasanya dah lama sangat tak bergayut lama-lama dengan suami. Selalunya cepat penat dan mengantuk. Ye lah, tiap-tiap hari bangun pagi pergi kerja dan baliknya pulak melayan kesihatan diri dan baby. Tapi malam tadi nak jugak tunggu suamiku balik kerja pukul 11 malam dan dia sampai rumah lebih kurang pukul 12 malam. Sementara tu nak tunggu dia makan dan bersiap-siap lebih kurang pukul 1 pagi baru lah dia call aku. Aku pun tak naik bilik lagi masa tu. So, bila bersembang kat bawah bebas la sebab tak mengganggu roommate aku tidur.

Mula-mula masing-masing melaporkan aktiviti harian masing-masing. Dan macam biasa, suamiku sentiasa megingatkan tentang ubat. Masa ni lah baru gelabah teringat yang diri tak makan ubat lagi. Kasihan kat baby. Maafkan mama yek. Mama bukan tak sayang, tapi mama memang tak suka makan ubat. Nasib baik ayah ada ingatkan mama.

Borak punya borak tiba-tiba aku menangis sebab terharu diri ini berjauhan dengan suami. Sepatutnya sebaik-baik isteri adalah isteri yang sentiasa berada di sisi suaminya. Aku masih belum berpeluang. Tapi apa yang penting, suamiku meredhai aku di sini. Terima kasih abang. Bagaimana dapat aku kawal perasaan bila sepatutnya aku masak, membasuh, mengemas, melayan suami di kala malam Jumaat, menunggu suami balik dari kerja di depan pintu. Tapi aku hanya berpeluang lakukannya di hujung minggu sahaja. Maafkan sayang abang. Suamiku memujuk. Dia cakap kita kena bersabar. Ini ujian untuk kita. Akan ada masa kita akan bersama juga nanti. Oh aku terharu lagi. Bagaimana suamiku juga masih boleh berpura-pura sabar juga. Sayang tahu abang pun tak nak macam ni. Tapi kita terpaksa kan bang.

Masa ni kami remind semula memori-memori indah masa mula-mula bercinta 9 tahun yang lalu. Mula-mula aku tanya suami, apa perkataan yang dia ucap masa dia melamar aku dulu. Hahaha. Masa ni lah aku ketawa. Yelah, kelakar bila ingat balik masa dia ajak aku kahwin dulu.

Aku tanya, “Apa abang cakap masa abang lamar sayang dulu?”.

Suami pun kata, “Abang ajak sayang tunang la. Lepas tu abang sarungkan cincin kat jari sayang”.

Aku cakap “Salah. Mana ada orang melamar ajak tunang. Biasa orang tunang ajak kahwin. Nampak sangat abang tak ingat”. Aku pun buat-buat merajuk.

Kami ketawa lagi. Seronok ingat masa-masa indah dulu. 9 tahun dia masih juga menunggu aku. Kali ni menunggu aku bersama benih cinta kami.

Aku tanya lagi, “Abang sayang sayang tak?”.

“Mestilah sayang”, suami menjawab

“Apa bukti abang sayang dan cinta sayang?”.

“Abang dah agak dah mesti sayang nak tanya bukti. 9 tahun sayang, abang kenal sayang. Tak habis-habis nak bukti”. Dia pula buat-buat merajuk. Oh indahnya percintaan kami.

“Kalau sayang nak bukti, tu dalam perut buktinya”, suamiku masih berlawak. Teruk lah abang ni.

Lepas tu giliran suamiku pulak menguji. “Sayang setia tak dengan abang?”

“Sayang setia tau dengan abang. Ni ha dalam perut ni dah ada pun buktinya”, haha. Padan muka. Tadi kenakan sayang. Ni giliran abang lak yang kena. Kasihan anak mama. Asyik jadi bukti je. Apa-apa hal kalau jadi apa-apa nanti anak mama jadi saksi lak ye sayang.

Tiba-tiba terdetik hati ni nak tanya memori 9 tahun dulu.

“Kalau abang terror, masa kita mula-mula dating dulu abang pakai baju color apa?”

“Ala warna hitam”, haha. Nasib baik betul

Suami pula tanya, “ Sayang lak pakai color apa?”

Alamak masa ni aku serius tak ingat aku pakai baju color apa. Ingat-ingatnya biru. Aku diam. Lama.

Suami menguji lagi, “sayang pakai baju pink kan?”

“Ye ke? Seingat sayang, sayang pakai warna biru. Abang salah kot”, aku cuba menyalahkan kenyataan dia.

Dia kata, “Betullah pink. Abang ingat tau”.

Jadi ada ketika aku juga kadang-kadang terlupa perjalanan percintaan kami walau pun baju color apa masa mula-mula berdating. Maafkan sayang sekali lagi abang. Malam nanti sayang tunggu abang lagi ye. Malam ni tak apa tidur lambat pun sebab esok sayang tak kerja. Abang pun kerja malam kan. Sayang tunggu tau.





No comments: