LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mar 17, 2009

Mabuk

Hari ni aku mc. Mc sebab pembawakan budak. Hahahahaha. Perasaan tak selesa ni bukannya dibuat-buat. Semulajadi. Perasaan loya. Perasaan benci pada seseorang. Perasaan sakit. Perasaan ingin dimanja. Perasaan mengidam. Dan yang paling penting ialah bila bau suami aku pun aku tak boleh terima. So, aku nak cerita la serba sedikit perasaan tu kat sini sepanjang 10 minggu aku membawa perut ni.

Pertama-tama sekali aku nak cerita yang aku paling tak suka bila aku loya. Bila aku loya, aku mula tak ada selera makan. Bila aku rasa nak muntah je aku akan rasa tak selesa. Bila aku rasa nak muntah, aku dah tak boleh buat kerja. Aku akan mula sedih dengan keadaan macam ni. Bayangkan bila apa saja yang kita nak makan tapi tak boleh disebabkan perasaan loya ni. Perut dah la lapar. Tapi tekak tak boleh terima. So, aku perlu dahulukan yang mana dulu? Sama ada tekak atau perut. Apa yang aku boleh buat, aku akan muntah masa perut kosong. Lepas aku muntah aku akan rasa selesa. Dan biasanya aku takkan muntah dengan kata lain aku tahan muntah aku masa aku baru lepas makan. Sebab, aku sayang makanan dalam perut ni dan kasihan kan baby aku ni. Tapi ada masa aku tetap akan muntah walau pun makanan penuh di perut. Nak buat macam mana? Dah tak boleh tahan. Di saat ini aku mula teringat arwah abang ngah yang meninggal disebabkan kanser usus. Arwah memang tak boleh terima makanan sebarangan walau pun sebenarnya dia teringin nak makan apa yang aku makan. Aku sedih dengan perasaan ni. Nak makan, tapi tak boleh.


Yang paling penting, orang mengandung ni mesti lah mengidam kan? Setakat ni aku tak ada lah nak makan yang bukan-bukan sangat. Seronok nya sepanjang aku mengidam ni, semua orang makbul kan permintaan aku terutama Bad, mak dan Kak Ana. Pertama, aku nak sangat makan ketupat dengan sambal kacang macam hari raya. Aku bagi tahu Kak Ana sebab nak suruh mak jauh kat Johor. Aku kalau nak, masa tu juga aku nak. Tapi disebabkan tak ada daun kelapa, Kak Ana buat juga. Cuma pakai ketupat segera. Best! Aku makan banyak. Bila mak tahu aku nak balik kampung dan dia tahu apa yang aku nak makan, mak pun sibuk cari daun kelapa dan sibuk menganyam macam nak raya. Tiba-tiba aku rasa terharu tengok mak beriya melayan tekak aku. Kebetulan pulak, masa aku kat kampung ada tebu. Aku teringin nak makan tebu tu walau pun sebenarnya tak boleh makan. Tapi mak kata jamah je. Hmmm mengada-ngada kan?


Lepas tu aku nak makan kuih koci. Yang ni aku memang betul-betul nak makan. Biarlah orang nak kata mengada-ngada pun. Tapi aku memang teringin. Sampai terbayang-bayang keenakannya. Aku tak nak makan yang beli punya. Aku nak makan yang dibuat sendiri. So, masa ni lah Bad kena paksa mencari bahan-bahannya. Bahan-bahannya ialah daun pisang dan kelapa muda. Mula-mula Bad bagi alasan kelapa muda tak ada. Masa tu aku dah mula merajuk. Nak tak nak dia usaha jugak cari bahan-bahan tu. Lepas tu siapa lagi jadi mangsa aku. Hahahahaha. Kak Ana lah sebagai pengganti mak kena buatkan kuih koci tu. Memang best!!! Aku puas hati dapat makan. Tapi lepas tu Bad perli-perli.... Cari bagai nak rak, tapi makannya sikit. Habis nak buat macam mana. Dah perut ni boleh terima sikit. Anak dia jugak. Hahahahaha. Panjang jugak cerita pasal mengidam ni. Aku rasa sampai 9 bulan pun dok mengidam je.


Satu lagi tak sah lah orang mengandung ni kalau tak minta mangga muda kan. Dari awal lagi aku dah mengendap mangga muda rumah Mak Enon sebelah rumah Bad tu. Ada je peluang, aku pun suruh Bad minta dengan Mak Enon tu. Aku dah agak mesti Mak Enon bagi. Masa ni lah nak tengok skill suami kita memanjat pokok kan. Ingatkanlah hebat kan, sekali Bad panjat pakai tangga daaaa...Hahahaha. Tak baik je kan. Tak pe lah. Janji ada. Hari pertama aku minta 2 biji je. Tapi tak cukup lak. Esoknya aku suruh Bad minta lagi dengan Mak Enon. Bad cakap sesuatu yang mengecewakan aku. Dia kata takut Mak Enon marah sebab buah tu baru nak berbuah dan muda-muda lagi. Aku cakap minta je lah. Kalau dia tak bagi dah lah. Nasib baik esoknya Bad minta dan nasib baik Mak Enon tu baik bagi lagi. Aku dah agak dah. Orang mengandung memang takkan ada orang marah kalau bab-bab makan ni. Ha yang ni last aku nak cerita pasal permintaan hati aku ni. Aku nak makan buah belimbing yang kecik-kecik tu. Aku tak tahu nama dia apa. Yang penting dia masam gila. Aku teringin dimasak dengan asam pedas. Fuh! Memang sedap gila. Lepas tu dibuat jeruk yang Kak Ana buat tanpa cuka. Fatiha pun sibuk macam orang mengandung kata jeruk tu sedap. Dan yang paling penting sekali Fatiha takut nak makan jeruk tu sebab takut aku benci kat dia macam aku benci kat orang yang habiskan jeruk kedondong aku. Ooopppsss yang ni nanti aku cerita bab tak suka kat orang ni. Hahahaha.


Ada la seorang kawan ni. Sebelum aku mengandung aku ok je dengan dia. Tapi lepas satu kejadian tu, aku rasa rimas dan pendek kata aku tak suka kat dia. Aku cuba positif kan perasaan aku ni yang mana aku selalu cakap kat diri aku sabar. Ni semua pembawakan budak. Nak tahu sebab apa aku jadi tak suka kat dia. Sebabnya dia habis kan jeruk kedondong aku. Aku marah betul dia cuma tinggalkan 2 je untuk aku sedangkan masa tu aku baru makan 1. Memang aku marah. Mana yang tahu, tahu la siapa. Aku siap suruh ganti lagi. Tapi alasan dia dah cari tapi tak ada. Ganti lah beb. Aku nak jugak dia ganti. Sekarang ni aku hambar je dengan dia. Tapi dia buat tak reti je menghimpit aku. Aku rimas beb. Dah itu je. Tak boleh cakap lebih-lebih tak suka kat orang ni.


Yang ni paling best. Sebelum ni dengar je orang kata kalau mengandung tak boleh bau suami lah. Suami busuk lah. Hahahahaha. Jadi lah benda ni kat badan aku. Alamak!!!! Kasihan kan kat Bad. Tapi itulah kenyataannya sayang. Bau dia memang busuk. Tapi tak ada lah busuk sangat. Dan setakat ni aku taklah sampai terasa nak muntah dengan bau badan dia. Paling tidak pun aku akan suruh dia mandi dan gosok gigi. Masa ni lah dia dok perli aku. Dia cakap, sekarang ni dah busuk dah. Dulu tak ada pun bau-bau ni. Siap nak baju busuk dia bawa tidur. Hahahahaha. Nak buat macam mana. Bukan aku buat-buat. Kasihan betul lah kat suami aku tu.


Ok lah , setakat ni je lah cerita ibu megandung yang sempat aku syer. Nanti-nanti aku ada masa lagi aku nk update untuk rujukan aku lagi pada masa-masa akan datang.

2 comments:

Anonymous said...

ooooooooo kau mengata aku, ckp aku mengidam jgk mcm kau? heeheeee tp jeruk kau mmg sedap

Unknown said...

fatiha nk jeruk tu lagi tak? kalau nk petik sendiri. hahahaha.