Untuk sekian lamanya setelah aku berbadan dua ni, malam tadi aku dihadiahkan mimpi yang indah. Mimpi yang tidak dapat digambarkan. Aku bermimpi arwah abah. Terima kasih Tuhan kerana anugerahkan aku walau sekejap pertemuan aku dengan arwah abah walau dalam mimpi. Mak kata kalau mimpi tu sebelum subuh memang betul lah mimpi tu. Tapi kalau lepas subuh itu hanya mainan syaitan. Aku mimpi sebelum subuh. Jadi aku anggap mimpi tu adalah benar-benar pertemuan aku dengan arwah abah.
Dalam mimpi tu aku terserempak dengan abah bawa motor honda cup lama dia warna merah kat depan rumah mak ngah. Aku pun kejar sambil menangis. Aku tanya dengan abah, dia pergi mana? Lama betul abah tak ada? Aku tanya abah dah tak sayang kan orang lagi ke? Tapi abah diam je. Aku sedih dan menangis lagi. Abah tak jawab apa-apa. Mungkin masa mimpi tu aku ada mengigau kot sebab aku terlalu sedih abah tinggalkan aku. Aku cakap kat abah yang aku dah mengandung. Sampai hati abah tinggal kan orang. Abah tak de, siapa nak jaga orang? Nak jaga makan minum orang? Dulu akak-akak yang lain mengandung, asal nak makan apa je, abah carikan. Asal mengidam je abah carikan sampai dapat. Sampai hati abah tak layan orang. Sekarang orang dah mengandung siapa nak layan kandungan orang ni? Abah tak adil. Jangan kan akak sendiri, akak-akak ipar yang menantu abah tu pun abah layan gak. Abah tak kasihan kat orang ke? Sedihnya aku waktu tu sebab abah tak nak jawab. Abah senyum. Abah diam.
Jauh di sudut hati ini, aku memang terkilan kerana kandungan aku ni tak dapat layanan dari arwah abah. Aku sedih bila teringat akak-akak aku dapat layanan yang terbaik dari arwah abah. Cemburu mungkin. Tapi aku kena terima takdir Tuhan. Takdir Tuhan mengatakan bahagian aku adalah begini. Ya Allah, Kau ampunkanlah aku kerana berperasaan begitu terhadap arwah abah. Sesungguhnya aku terlalu merindui dirinya. Rindu yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Rindu yang tak mampu aku capai. Rindu yang tak mungkin berpenghujung. Abah.... orang rindu sangat kat abah. Kenapa abah pergi cepat sangat. Orang nikah pun abah tak walikan. Ya Allah, tabahkan la hati aku. Aku tak berdaya menahan rindu ini. Aku terlalu sayangkan abah. Di saat ini, di ketika ini, aku hanya mampu berdoa, aku hanya mampu meminta pada Tuhan Yang Maha Mengasihani agar roh abah di tempat kan di tempat orang-orang yang beriman dan semoga segala dosa-dosanya diampunkan. Amin Ya Rabbal Alamin.....
Al Fatiha untuk arwah abah, arwah abang ngah dan arwah mak Bad....
2 comments:
Sedih lar plak aku raser.. bila aku bce entry nie...huhhuhuh...jgn sedih2 beb... doakan jer n byk2 mengaji supaya abah kau tergolong dlm org yang beriman
kiranya berkesan gak lak aku menulis sambil menangis dan pada masa yang sama aku buat orang lain sedih gak....
Post a Comment