LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nov 30, 2010

Amaran Tuhan

Seorang ustaz menasihati diri ini, kadang-kadang dugaan yang menimpa kita adalah amaran dari Tuhan. Amaran dari Tuhan bagaimana mampu kita hadapinya. Perjalanan dunia ini masih panjang. Banyak lagi kekusutan lain yang bakal kita hadapi.



Bukankah memaafkan satu perbuatan terpuji. Kita semua tidak sempurna. Tapi kita ini hanya manusia biasa. Kita berhak memenuhi perasaan untuk setiap pelusuk hati ini. Jika kita tiada perasaan itu semua, bukanlah manusia namanya. Itu adalah khinzir bak kata ustaz tersebut.



Ingatlah apa tujuan kita membina hidup. Niatkanlah segalanya kerana Tuhan. Janganlah biarkan diri terpedaya dengan hasutan syaitan yang mahu memporakperandakan anak Adam. Syaitan takkan berhenti bekerja menyesatkan kita dari melangkaui batas-batas yang ditetapkan.

Bercuti Ke Syurga

Kalau lah saat ini ada tempat percutian yang boleh meleraikan segala kekusutan, di manakah ia. Perak? Terengganu? Pangkor? Bali? Tak terlerai kot segala kekusutan tu andai ke sana. Boleh tak nak bercuti sekejap ke syurga. Amik cuti dalam 2-3 hari. Then balik ke dunia semula. Kat sana pasti boleh lupakan segala yang terjadi. Kat sana sangat suci. Pasti takkan terbeban kepala ni.

Hati Tidak Sihat

First day naik keje setelah 2 minggu berperang dengan penyakit berjangkit. Badan masih letih. Suara telah tiada seperti baru selesai konsert rock lagaknya. Di kala badan tidak sihat, hati juga menjadi tidak sihat. Segalanya serba tak kena. Ada tak ubat penyakit hati selain sabar?



Perasaan masih lagi tidak keruan. Apakah ini petanda dari Tuhan atas tanda-tanda dosa terdahulu. Apakah Tuhan mahu membalas segalanya di dunia sebelum sempat mata ini terpejam rapat.



Ketika ini tidak sanggup rasanya melalui detik-detik yang sangat pilu dalam hidup. Apakah dugaan ini besar. Atau hanya sebesar zarah sepanjang perjalanan hidup ini yang mungkin masih panjang?



Saat ini, segalanya perbuatan diselangai dengan tangan yang menggigil, badan yang menggeletar, jari yang membeku kesejukan. Hati yang kecik ini juga berperasaan sebegitu. Hilang segala fokus dalam hidup. Hilang sekejap tujuan untuk hidup. Hilang sekejap kesyukuran atas nikmat Tuhan.



Semoga segalanya adalah sebentar cuma. Semoga ianya hanya untuk detik dan saat ini sahaja. Tidak sanggup rasanya aku menghadapinya lagi untuk sekian kali. Usaha kepada-Mu Ya Tuhan pasti akan aku laksanakan. Setelah segalanya selesai, aku pasti aku akan hanya redha atas kehendak-Mu.


Nov 24, 2010

Bahasa Mak



Now rasa macam nak bercerita pasal mak sikit la. Hahaha.. Ater mak yang banyak duduk dengan saya sekarang banding dengan adik beradik lain. Ok yang tu kita story lain entry. Sejak belajar kat Terengganu, kerja kat KL, kahwin dengan orang Melaka saya mula sedar, Malaysia ni ada bukan main banyak dialek or loghat or bahasa or bla bla bla.




Ni perihal mak. Biasa lah orang  tua kan. Ada je bahasa dolu-dolu yang dia masih praktikkan sampai sekarang. Walaupun anak-anak nya dah tak guna dah. Dia still guna. Contoh nya :



  • Mata air. Huhuhu...Orang sekarang paling-paling koman pun guna makwe ke, pakwe ke. Yang moden-moden je guna gf, bf. Tak pun, awek. Mak still akan cakap mata air bagi merujuk kepada kekasih. 

  • Warta berita. Ha ni 1 lagi. Kita dok la kata nak tengok Buletin Utama. Tak pun, tengok berita. Mak pulak nak tengok warta berita. Klasik kan.



Yang lain-lain tak ingat la. Nanti kalau mak ada tersebut lagi perkataan dolu-dolu saya update lagi ok.

Nov 23, 2010

Ubat Ni Dah Macam Dadah

Ye tahuuuu... Semua ubat pun dadah. Tapi ubat ciken pox ni melampau-lampau la ngantuknya. Saya sekarang dah sampai tahap penat tidur. Tidur tidur tidur!!! Tak de keje lain. Walhal sebelum ni aku la pemegang tahta sleeping beuty. Bangun kejap makan sebab nak makan ubat. Lepas tu terus kiooookkk!!! No signal dah. Mata terus terkulai layu. Saya cakap kat mak, agaknya penagih dadah macam ni la rasanya. Makan dadah terus rasa tak de masalah. Layan... Mak jawab, orang makan dadah segor. Ko tengok orang bersukan yang amik dadah. Sebab nak segor kan badan la. Lari laju-laju. Bukan nya tidur. Huhuhu.. Mak buat lawak. Ala, pada hal ubat ni nak biar kita rehat. Nak hilangkan gatal-gatal. Dah tu nak elak kan tangan kita ni gatal nak garuk mana tempat yang gatal. Tak gitu.

Police Report

Sebarang bentuk ugutan atau fitnah atau perkara yang berbangkit berunsur lucah serta pengambilan gambar tanpa izin terhadap Asfaliza dan juga ahli keluarganya yang lain sama ada di dalam blog ini, atau di facebook atau di yahoo messenger akan dikumpul segala bahan bukti untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan selanjutnya diambil terhadap mereka yang terbabit seperti yang disebut di atas. Setakat ini saya telah mengambil langkah dengan mengumpul bahan bukti termasuk message-message yang masuk ke akaun saya untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa, Negara kita ada undang-undang. Jadi, saya tidak perlu takut untuk mempertahankan hak saya sebagai individu yang terasa dirinya diancam oleh pihak yang berkepala otak letak kat lutut. Sekian

Nov 22, 2010

Nak Percaya Siapa????



Mak kata tak boleh mandi

Doktor kata boleh mandi. Kalau tak mandi macam mana u nak jaga kebersihan. Asalkan u jaga kebersihan, penyakit u mesti cepat baik



Mak kata tak boleh makan benda yang gatal-gatal. Contohnya telur.

Doktor kata everything u want to eat, u can. Include sea food, egg and watever u want. U tahu tak, makanan ni lah sumber tenaga utama u time u tengah sakit ni. Kalau u tak makan, macam mana u nak dapat tenaga?



Mak kata tak boleh makan kicap. Nanti parut jadi hitam.

Doktor kata, kalau tak makan kicap pun parut u tetap akan jadi hitam.




Penyakit ciken pox ni banyak betul pantang larang orang tua. Doktor moden pulak dah ada fakta bagi tahu kita apa yang boleh apa yang tak boleh. Mak pulak main ugut-ugut, kau nak ikut cakap siapa? Mak ke doktor? Adeh!!!

C5

Ini adalah hp terbaru suami setelah hp yang sedia ada menjadi pekak dikerjakan dek anak bujang kesayangannya. Kami berdua suami isteri ialah mereka-mereka yang pakai hp sampai hp tu m****s. Setakat ni rasanya ni hp yang ke 4 or 5 buat suami sejak dunia hp menjadi keperluan hidup semasa.





Sesiapa yang nak pancing anak bujang kami, sila pancing dengan hp. Beliau sangat gejet kerana menggemari hp. Kenyataan ye puan-puan. Saya sudah beberapa kali menerima mms daripada nombor suami hasil tangan Rayyan Adam. Hebat bukan?




Now hp lama suami telah menjadi hak mutlak Rayyan Adam. Yang rosak cuma speaker sahaja. Lain-lain Rayyan Adam masih boleh lagi berhibur. Nenek pun dah belajar macam mana nak buka galeri nak cari lagu. Huhuhu.


Daulat Tuanku

Hari ni 22 November, hari keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim. Seluruh Johor cuti sakan. Yeba yeba!!! Johor still in my heart. Taat setia pada sultan tetap tersemat.




Daulat Tuanku!!!!

Nov 21, 2010

Boring

  • Boring sebab ada penyakit berjangkit
  • Boring sebab cuti panjang tapi sakit. Esok lusa sambung mc lagi. Tetap rasa tak best
  • Boring sebab tak boleh cium orang-orang tersayang
  • Boring sebab tak boleh tidur dengan suami. Tak boleh tidur dengan anak. Kena tidur jauh-jauh
  • Boring sebab kena tahan gatal
  • Boring sebab makan ubat je ngantuk terus kiokkkk
  • Boring sebab tak boleh makan secara sungkal sebab dalam mulut ada ulser
  • Boring boring boring..... Menyampah la kena penyakit ni. 

Nov 18, 2010

Chicken Pox

Penyakit yang paling saya takut kan selama ini akhirnya muncul si setiap sudut badan. Aiseymen... Dah tua-tua bangka ni baru nak kena chicken pox la wei. Start dari hari Ahad lepas. Saya ingat kan jerawat kat leher ni. Tangan ni pun gatal picit. Kuar air. Ok fine. Biar jek. Lepas tu apasal esoknya pedih tempat yang kena picit tu. Biasa jerawat tak pedih macam ni.




Hari Selasa pagi kepala bukan main sakit lagi. Makan panadol aktif fast. Ok sikit. Petang balik rumah mak sebab nak raya haji kat Air Hitam tahun ni. Malam lepas magrib tu tengok tv tapi siap berselubung. Badan seram sejuk. Cakap kat mak, agaknya nak demam kot. Badan nauzubillah dia punya bisa. Bisa sangat-sangat. Nak tidur dalam pukul 11 tu mak urut pakai minyak panas. Malam tu pun saya bantai lagi panadol lagi 2 bijik.




Pagi raya bangun, suami tanya nak ikut dia pergi sembahyang raya tak. Saya kata tak nak. Sebab tak larat. Tengok-tengok lepas mandi pagi tu makin banyak pulak bintik-bintik merah. Sah. Nak kena demam campak aku ni. Mak pun kata ye. Dah tu mak cakap, patutnya tak boleh mandi tadi. Nasib lah aku dah mandi. Kalau tak mahu aku pergi baraya jadi macam kambing yang kena korban tak mandi.




Ada orang panggil chicken pox, ada orang panggil demam campak, ada orang panggil cengkering (ni memang family panggil cengkering), ada orang panggil cacar air. Hari tu kan PM kita Najib baru je kena. Wahai PM ku sayang, kita ni senasib rupanya.




Makin petang, makin kuat pulak demam ni. Badan seram sejuk. Mula berkira-kira nak ikut suami balik Melaka ke tak. Cuti dah amik sampai hujung minggu ni. Mak pulak memang sah nak duduk kampung raya-raya ni. Kalau ikut suami balik Melaka, Rayyan Adam macam mana. Benda ni menjangkit. Saya pulak siapa nak jaga makan minum. Mak kat kampung. Mak kata sakit macam ni tak boleh masak. Benda-benda menumis kat dapur takut makin kuat sakitnya.




Nak tak nak ikut jugak lah suami balik Melaka sebab nak pergi klinik yang saya dah biasa. Rugi wei doktor kasi mc, tapi saya kata, it's ok doktor. Saya memang cuti. No thanks. Kalau tak, kan dah jimat cuti. Huhuhu...Kalau agak-agak melarat sakit ni, mak suruh pergi rumah Kak Ana time suami kerja. Kak Ana pulak dah sound awal-awal. Kau kalau duduk rumah akak, kau jangan keluar bilik. Huhuhu.. Tahu lah. Takkan la nak tayang badan sakit-sakit ni kat anak-anak dia.


Ni penyumbang pertama yang dah merebak




Sana sini bertanda. Dah macam orang baru lepas beranak pakai macam ni. Suami pulak suruh saya pakai baju lengan panjang je. Motif : takut berjangkit. Huh!!




Paling tak boleh belah, menatangharamjadah ni dah merebak kat muka. Ayo!!! Kau nak tumbuh, tumbuh je eh. Jangan kau nak buat parut kat muka aku sudah. Kau tahu tak badan aku dah mengenyam je ni.




Nampak 2 beranak yang tak sudi nak tidur dengan orang ada penyakit berjangkit. Suami siap kata, jangan cium Rayyan Adam. Sobsobsob. Sedih. Dua-dua orang jejaka idaman malaya ni saya tak boleh nak peluk cium sekarang ni. Puasa dulu.



Pst pst pst...Ni simptom orang mengandung ke. Eh tanya je. Bukannya saya mengandung. Tapi takut mengandung. Huhuhu..

Nov 16, 2010

aszbard Yang Tak Suka Baca Email


Seee my inbox??? Berapa banyak yang ada saya tak baca. Tu pun kalau tak delete email from fb or from job street mahu berduyun-duyun lagi inbox tu. Mahu sesak napas. Tebiat ni terjadi sejak ada anak kot. Tebiat pemalas. Gila malas nak baca walaupun nampak tajuk-tajuk tu sangat la best. Biasa husband yang suka buka. Lepas tu membebel apasal saya tak suka baca email. 




Dah tu dah la kan. Kadang-kadang ada email penting memang tak perasan. Tapi mata ni alert jugak la. Kalau nama sender tu lain macam jek. Ha baca la. Kot-kot ada mesej penting. Sorry la yek pada yang nak berkenalan ke, apa ke. Saya ni memang macam ni. Pemalas baca mesej from email. Tapi kalau meseg kat fb laju kau.....



And one more thing... Ni salah satu bukti saya buat kerja tau kat opis. Huhuhu... Tak de lah mengadap email semata-mata.

Rayyan Adam Dah Cerdik Buat Memek Muka Bucuk


Now. this baby sangat-sangat lah cerdik akalnya. Pandai buat memek muka bucuk kalau orang tu tak mandi lagi. Macam la dia wangi sangat eh. Mama dengan ayah sangat bangga dengan perkembangan Rayyan Adam yang dah pandai buat beberapa respon. So, enjoy for this video ya.

Nov 15, 2010

Boleh Tak 1 Email Bukak Lebih Dari 1 FB????

Malam ni tiba-tiba nak bukak kaunter pertanyaan pulak. Siapa-siapa tahu fb boleh bukak 2 atau lebih dari satu nama tak? Contoh nama fb saya Asfaliza Mohd Yatim guna email aszbard@yahoo.com.. Lepas tu nak bukak 1 lagi nama tapi akaun guna email yang sama. Ha boleh tak ek. Kalau blogspot ni boleh bukak 2-3 blog guna akaun email yang sama. Boleh tak ek?

Ada Tak Amik Family Planning Termengandung

Nak tanya la puan-puan kat luar sana. Huhuhu.. Ada tak kes orang amik family planning termengandung. Tak kira la, apa pun jenis plan tu. Pil ke, depo ke, iud ke, implan ke. Kiranya ni macam kes ter excident la. Ni nak tanya ni. Hahahaha. Tiba-tiba kepala otak ni macam terkedu jap.

Setahun Sebulan Baru Pandai Pegang Botol Sendiri

Ye puan-puan... Anak bujang saya ni umur dah setahun sebulan. Baru pandai pegang botol sendiri. Tu pun sememeh. Kalau baring je baru betul masuk susu tu. Kalau duduk ke, berdiri, mahu tombang badan dia. Huhuhu....






It's ok dear. Mama tak kisah sayang lambat pandai pegang botol sendiri. Mama, ayah dengan nenek ok je pegang botol untuk sayang. Janji anak mama ni sihat sejahtera. Janji anak mama cerdik. Janji anak mama aktif.

Nov 12, 2010

Keciknya Donia

Keciknya donia. Ye sangat kecik kalau dah masuk dunia maya ni. Sana sini kawan kita. Walhal bukan kenal pun. Tapi boleh tahu hal hidup dia. Apa dia suka. Apa dia tak suka. Siapa kawan dia. Peel pun kita naik tahu lah kalau dok ngadap tenet ni.



Contoh macam baru ni saya ada kenal bakal jiran. Ha bakal jiran kau. Dia dok search Taman Bukit Katil Damai 2. Tup tup dia pm saya cakap yang kami ni bakal berjiran. Exited melampau la aku ni ada orang nak berkawan. Walau pun secara permulaan hanya di alam maya karin. Thanks to Kak Alfidah sebab sudi berkawan dengan saya. Nanti saya dah pindah boleh la kita gossip-gossip depan rumah yek. Huhuhu



Then, kalau kat fb pulak kan, eh apasal kawan aku yang kat U ni, berkawan dengan kawan aku kat blog. Ha yang ni kes nya jadi kat Ztee dengan Ayu tak de blog dan dia ialah kawan masa kat U. Lepas tu ada pulak kawan sekolah Jemik kawan dengan opismate Pijoi. Waduh waduh!!! Kok kecik dunia ni. Hahaha.



Ok ni mata kena bulat-bulat sikit ye baca. Paling tak boleh belah puan-puan nak tahu??? Hish!! Kawan blog saya yang mana kawan fb saya tapi dirahsiakan bukan nama sebenar ialah MUTUAL FREN dengan EX-GF suami. Kok gini jadinya. Mahu sentap segala otak pemikiran gue. So far hati ni sentap sikit je la. Tapi barang yang lepas tak payah lah nak dikenang. Awak tu dah kawen CIK AS oiiii!!! Anak pun hensem. Apa barang anak perempuan tu tak de lah comel mana. Hahahaha... Mood ialah mood sentap sambil konon-konon positif.

Kuda Putih






Ni video Rayyan Adam dengan kuda putihnya ye puan-puan

Nov 11, 2010

Mata Rayyan Adam Juling

Mata Rayyan Adam juling? Mujur aku tak saman malu orang yang cakap mata anak aku juling. Sentap ok perut ibu mengandung ni. Kau baru jumpa anak aku sekali pandai kata mata anak aku juling!!! 


Buta eh? Mata Rayyan Adam ramai orang puji tau. Sejibik mata mata mama dia. Color anak mata hazel pun macam mama.


Saya pun kata lah kat orang tu, mana ada juling. Cuba akak tengok betul-betul. Mana ada. Dia pun mungkin nak jaga hati saya. Juling air kot mata anak kau. Ok lah... Fine. Aku malas nak gaduh dengan orang rabun. Kau nak kata apa, kata lah.
 

Karnival Barangan Metrojaya & Elektrik & Perabot

Lepas balik berkhelah, tengok drift, tengok rumah, lalu depan MITC macam ada benda best. Terus laju cakap kat suami nak singgah. Mahu tak nak singgah. Ada karnival jualan barangan elektrik dengan perabot. Beli tu idak le. Tapi saja nak cuci mata. Kata nya perempuan tulen bang.




Masa tengok barang elektrik tu. Ya Allah, Tuhan je la yang tahu macam mana naluri keperempuanan saya ni. Dah hampir tergrab vacum. Tapi hati kata, eh ni brand elektrlux la. Saya tak pernah pakai. Pun saya tak pernah tengok testimoni orang. So, cakap kat suami kita cari brand lain. Nasib nasib nasib memang tak de. Memang nasib baik!!! Lepas tu terpandang kamera digital gila murah RM299 10mp. Saya punya yang lama makan bateri lah. Ni tak payah. Charge je. Ha nampak kan aku ni ketinggalan zaman. Nasib baik jugak kepala otak waras lagi. Syaittttoonn je semua tu kan. Hahahaha.




Lepas tu nak gerak balik kan, suami kata, sayang...kat sebelah pun ada lah jual murah-murah. Sayang tunggu sini kejap. Abang pergi usha ada jual apa. Suami patah balik. Sayang, kat sana tu jual baju-baju dengan beg-beg lah. Terus bini nya laju ke tempat tu. Nak tengok lah bang. Nak beli jugak barang. Tak kira!!! Tadi tak dapat beli vacum. Tak dapat beli kamera!!! 



Hand beg memang murah. Brand yang ada antaranya Sembonia, Swiss Polo lain-lain tak ingat. Tapi ada 1 brand ni material memang best. Design pun cantik. Dah hampir grab jugak. Sebab best. Tapi kepala otak waras kok. Buat tak nampak je la beg tu. Maybe next time boleh kumpul duit beli. Sebabnya after less pun dah 200+++. Huhuhu... Tu yang buat tak nampak je. Buat masa sekarang ni tak mampu lor. Hujung tahun ramai orang kahwin nak bagi hadiah. Tak gitu Cik Filah dan En. Ajak.



Ni frame gambar sangat best dan cantik. Boleh letak 4 keping saiz 4R kot secara melintang kat dinding. Material dia macam kayu. Murah ok. 17 hengget. Nanti kat rumah baru boleh nak berhias. Now simpan dulu dalam stor.



Ok yang ni memang mengarut. Beli scrub jenama Terra Ayu. Tak pernah dengar ok. Hahaha. Tapi gatal. Siap minta test kat tangan. Paling kelakar ada satu lelaki tu buat muka pelik masa promoter ni test kat tangan saya. Dia siap tanya, apa benda tu. Hahaha. Saya jawab lah scrub bang. Nak tanggalkan daki kat badan. Banyak daki badan saya ni. Tiba-tiba terfikir, laki aku tahu ke benda ni. Dia tak tanya aku pun menatang apa ni. Hahahaha. Harga nya 1-RM22. Beli dua free 1. So total RM44. So far buat masa ni saya dah try black coffe dengan green tea. Papaya belum. Green tea best. Lepas pakai tak payah sabun badan. Bau dia bukan main lama lagi. Wangi gila. Coffe pulak saya biasa amik kat spa. Cuma yang ni kan bau dia terasa macam, eh takut semut hurung la. Ha macam tu la feel dia. Papaya belum lagi. Hujung minggu ni lah kalau sempat.




Yang ni ala-ala mengarut yang lite-lite je. Hahahaha... Hand beg sambonia yang suami kasi hadiah besday dah menggerutu. Hmmm saya adalah pengguna hand beg yang fail. Semua hand beg saya termasuk beg hantaran akan menggerutu dalam tempoh tidak sampai setahun. So, kali ni saya kata, tak nak lah beli yang jenama mahal sangat. Sama je. Aku ni lasak semacam. So grab jenama ni. Tak pernah dengar sangat. Ke aku yang jakun. GF. Tapi sampai sekarang malas nak tahu apa makna GF. Girl Friend kot. CR tahu lah. Tu harga dia lepas less. RM86.70. Murah-murah je. Pakai sampai habis.




Barangan ni semua adalah hasil jualan karnival Metrojaya. Manusia, nauzubilla punya ramai. Masa ada jualan happy hour untuk handbeg, saya ada gak join. Tapi tak boleh belah. Orang dah tak tahu adab sopan. Semuanya berebut. Biasa lah kan. So, saya tak nak sebab nak pilih tak tenang. Dan thanks ye abang sebab sabar sangat-sangat layan Rayyan Adam masa sayang pilih-pilih handbeg. Rayyan Adam masa ni balik je terus terbongkang tidur. Kesian anak mama penat ye. 

Nov 9, 2010

Melaka Drift

Setelah penat berpacaran di Pantai Pengkalan Balak, kami pulang. Setiba di depan Stadium Hang Jebat seperti ada yang tak kena. Tengok-tengok tajuk kat baner = DRIFT. Dengan lajunya suami membelok stereng kereta. Lantas di depan pintu masuk kena bayar 10 hengget. Mujur itu charge untuk 1 kereta. Kalau 1 kepala pun tak apa.









Terkesima seketika melihat pelumba wanita. Caya lah!!! Terasa ingin jadi sepertinya. Hahahaha... Suami gelak sakan bila saya kata begitu. Bawa manual pun fail. Ada hati nak berdrift.



Cuaca agak gerimis mengundang kala ini. So, tak dapat menonton sepuasnya kata suami sebab memikirkan anak yang mula resah gelisah. Kami tidak menonton sehingga habis. Kembali pulang dan menyambung acara percutian di hujung minggu selepas itu.




Kemudian kami saja meround di rumah yang kami beli. Hmmm hati berbunga-bunga ye melihat peratusan kesiapan rumah. Adalah dalam 80%. Masa kami setel urusan hari tu, bumbung pun tak de lagi. Now, tengok dah ada bentuk rumah idaman, rasa tak sabar nak pindah tahun depan.

Nov 8, 2010

TOP 10 - PESERTA "CONTEST MUNCUNG PALING MENAWAN SI KECIL"



Mood adalah seperti layang-layang berterbangan di atas langit. Semua nampak kan tajuk. Hahahaha... Now mak nya yang terlebih sudah ok. Nway, gud luck to all babies yang join “CONTEST MUNCUNG PALING MENAWAN SI KECIL”