LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label JALAN-JALAN. Show all posts
Showing posts with label JALAN-JALAN. Show all posts

Dec 19, 2013

Korea

Kan dah kata, ini adalah edisi rajin

Dah la rajin update blog, rajin pulak edit gambar. Rajin tak? Rajin tak???


Ok la, jom kita share story mory yang low class ni. Cerita pasal Korea

Eh bukan kita yang pergi. Mana iols ada pitih nak pergi sendiri. Ini Encik Suami yang pergi atas urusan kerja. Compony support boleh la nak pergi secara free.


So, kejadian berlaku masa betul-betul jatuhnya Hari Raya Haji. Adalah sangat sedih bila mendengar takbir raya hanya bertemankan anak-anak tanpa suami di sisi. Eh tapi weols import jugak mak dari kampung supaya dapat menemankan saya kelam kabut menjaga 2 orang anak.


Layan je la gambar. Nak cerita pun, bukan aku yang pergi. Sebab nak cerita kat sini, sebab apa hadiah yang kita minta semua beliau belikan. So, mestilah berganda-ganda sayang nya pada beliau!!!





Makanan halal adalah mahal nak mam***. Nasib baik semua nya ditaja. So merasa la jadi VVIP sekejap








Bersepah bilik orang jantan duduk


Kedai-kedai jual keronsang. Ni kalau aku yang masuk, mahu blink blink bijik mata





Gelagat peniaga baju sejuk nak tarik perhatian pelanggan. Murah gila. Suami belikan saya selai 15 hengget. Saya memang penggemar baju sejuk. Tak tahu kenapa. Pada hal pakai time tengok wayang jek

Eh nasib baik baju kat dada orang ni tak terbuka butang baju nya macam baju skandal Adi Putra tu kan





Dan ini adalah part yang paling best, bila saya dapat apa yng saya minta!!!

Tapi semua yang dia beli, apa yang saya tulis je. Memang dasar orang lelaki tak reti nak tokok tambah. Kalau aku, mesti tak bawak balik barang sesen pun duit shopping!!!




Yang paling saya suka The Face Shop tu. Minta nya 3 barang. Tapi butik tu banyak bagi free gift. Biar la jarang bersolek pun. Janji dapat barang made in korea.

Then baju perantin anak dara pun sangat cantik. Pandai suami pilih color peach kegemaran hamba....

Part keronsang tu memang la saya senaraikan beli 2. 1 saya, 1 mak. Tapi kau dah tahu murah, kau beli je la lebih. Sudahnya saya bagi je mak dua-dua. Sian pulak mak dapat 1 jek...

Eh nanti engineer dari Korea mahu datang Malaysia pulak, saya dah senaraikan dah barang apa yang saya nak. Mestilah nak kirim The Face Shop lagi. So, Encik Suami, sila la bayar ye....

Jan 17, 2013

Pertandingan Tarian Naga & Akrobatik

Sementara ada mood nak update blog dan sementara mood yang ada ni rajin. Sebelum cerita ni berlalu pergi baik update cepat-cepat.


Asalnya hari Ahad hari tu Pak Buyong nak bawak Mak Buyong melunaskan keinginan tekak. So jalan-jalan cari makan la kita sekeluarga. Malangnya semua tempat yang dituju tutup pulak. Memang betul-betul makan hati je masa ni. Baby dalam perut pun tiba-tiba mengeras semacam. Pandai merajuk tau.


Jalan-jalan sampai la tempat yang tak terplan pun. Ok la. Tapi dengan syarat lain kali kena jugak pergi tempat makan yang baby nak makan tu (sekarang ni semua alasan baby yang nak makan)


Tup-tup nampak banner Pertandingan Tarian Naga & Akrobatik. Dengan pantasnya masuk parking kat Mahkota Prade tu. Bneda tak dirancang katanya. Masing-masing 3 beranak memang dalam keadaan serabai je. Kalau tahu nak masuk MP, kena la pakai grand-grand. Kata nya orang kampung. Hahahhaha!!!


Best jugak la tengok budak-budak Cina ni melompat sana sini. Penonton sah la ramai Cina. Eh Melayu pun ramai jugak tau. Ye la benda bukan senang kita nak tengok free-free je kan.


Paling kelakar masa sesi nak kenal kan pengadil. Dia pasang pulak lagu ala-ala cerita Stepen Chow (betul ke eja ni. suka hati je la kan). Gila laki bini berdekah ketawa. Tapi dalam keadaan terkawal sebab takut kang orang Cina ingat weols dok ejek adat diorg. 


Dah la pengacara cakap Cina sepatah haram tak faham. Bila dia cakap BI pun tak clear sangat. Lepas tu cakap Melayu tanpa skrip, memang sumpah pecah berderai perut laki bini sekali lagi.    
   





Sementara nak tunggu set diorg siap. Pergi cuci mata dulu. Sekali terjumpa la benda yang saya idam-idam kan masa mengandung ni. Bukan barang makan tau. Tapi sejenis barang. Huhuhu. Pun bukan barang baby. Tapi barang untuk Rayyan Adam.


Ni dah tahu kat mana ada jual senang la nak tuju lepas ni. Tinggal kumpul duit je la. Huhuhu. Barang yang mama idam kena la kumpul pakai duit sendiri. Tak tergamak nak minta kat ayah sangat walaupun ayah ok je.


Sep 3, 2012

Rayyan Adam First Time in Komuter

Weekend lepas we all anak beranak beraya ke Bangi sekali arung baraya ke KL la.


Kebetulan rumah my BIL ni memang dekat sangat-sangat dengan stesen komuter Bangi. Plan nak bawak budak kecik ni dah lama dah. Nak bawak beliau jalan-jalan merasa naik train. Tapi selalu nya banyak kekangan.


Now kata suami tak moh tangguh-tangguh. Kita bawak kejap je. Dari Bangi ke Kajang. Then patah balik dari Kajang ke Bangi. Ala-ala pelancong u alass. Serius mak bapak dah lama gila tak naik komuter ni sejak kawen. Bujang-bujang dulu memang la naik. Itu pun sebelum beli kereta sendiri. 


Terkial-kial jugak la nak beli tiket. Nasib baik turn kitorg dapat naik coach yang baru tu. Saya ingat nak naik coach wanita tu. Tapi macam kesian lak kat lelaki 2 orang ni berdua je. Huhuu...



Belah sana penumpang tu semua nak ke arah Seremban



Tunggu train






Tengok belakang tu. Ramai indon n orang luar je tau kat dalam komuter ni.









 

Apa pun, Rayyan Adam sangat exited dapat naik train. Masa nak balik mengamuk-ngamuk nak naik lagi. Bila sampai kat kereta, dia bengang sebab Eli dia kena tinggal. Nak jugak ajak naik train lagi nak bawak Eli. Hish!!!


Ok la, saya nak komplen pasal komuter ni macam tak de secure tau. Beli tiket, tapi tiket tu tak de pengesahan dari sesiapa pun. Kalau dulu kan pakai mesin kan. Tapi ni penumpang bebas je keluar masuk kat bahagian tepi. Pegawai pun tak de nak cek tiket tu. Pendek kata, tak beli tiket pun tak pe. Bukan orang tahu pun. Tapi tak tahu la kalau stesen yang lain ok je.


Coach baru ni best jugak la. Orang jakun macam saya boleh la kata coach baru ni canggih. Siap ada tv bagai. Ok la. Air cond pun sejuk. Tapi tak tahu la kalau ramai orang dah tak rasa air cond nya.


Lepas ni ada plan lagi nak naik komuter ni untuk long journey. Jauh sikit nak bawak si kecik ni. Insyallah..

Jul 17, 2012

Karnival Udara Melaka 2012 - Unplanned

Ahad pagi lepas telah menghantar 200 pcs apam polka dot kepada regular customer. TQ Kak Miza. Lokasi rumah beliau area airport.


Tiba-tiba macam teringat, eh minggu ni ada pameran udara la kat airport. Makanya kebetulan ada la beberapa biji kapal terbang lalu lalang di udara. Si kecik ni pun dah terjerit-jerit, plane plane!!!


Tengok-tengok, suami pun dah melencong ke arah airport. Siap dapat parking, suami tanya, nak tengok tak? Saya pun jawab, dah parking pun nak tanya orang lagi nak pergi ke tak. Huh!!


Suami saya ni memang suka nak saya jawab yes. Kalau apa-apa jadi yang tak best, nanti dia yang salah kan saya sebab konon nya saya yang jawab nak pergi. Pada hal dia dah parking dah kat situ. Tak de siapa suruh pun melencong ke situ.


Dan terkedek-kedek la 3 beranak dalam keadaan berlengas ke sana. Serabai ok masing-masing masa ni. Ala.. Lepas tu saya tengok ramai je berpakaian biasa. Track suit la. Selipar jepun la. Ala ramai je datang secara santai-santai ni kes nak sedap kan hati je


Masuk dewasa RM 5. Kanak-kanak bawah 2 tahun free. Aku bantai je anak aku ni 2 tahun. Dia apa tahu. Huhuhuhu.



Siapa dah bayar tiket, akan dicop kat tangan dengan cop mohor di atas. Sedih kan.. Cop je??? Tak de bajet ke sediakan gelang ke, apa ke. Ala gelang kertas je kot. Ke nak elakkan sampah? Tapi still tak ok kot cop-cop kat tangan ni





Panas!!!!


Ni nasib baik mood dia ok nak naik benda alah ni bergambo. Ikut perangai dia, dia ni takut dengan kenderaan besar. Betullll... Kata la dia jalan sebelah lori atau bas. Huh!!! Melalak-lalak la peluk kita sebab takut sangat   


Sekarang saya mahu terbang. Kbai...



Kapal terbang kecik

Helikopter kecik

Poyo


Saya mahu test peluru ni dulu. Kasi tembak itu olang






Dan akhirnya sala melalak sebab saya tak dapat pistol dengan kapal terbang tadi. Mama tak bagi.... Dia ingat semua tu barang mainan.... Semua tu harga ribu-ribu anak oi.... Bukan boleh bawak balik pun. Ni tak lain ikut perangai ayah ni kecik-kecik. Tak dapat, melalak sakan kat tempat awam




Tak best kot prpgram ni. Huhuhu. Suka suki je kata tak best eh. Ye la, setakat layan anak boleh la. Anak pun suka sangat tengok aeroplane. So kita layan kan je la. 


Maybe kalau program tu karnivar udara macam LIMA kat Langkawi tu best kot. Ini setakat tayang-tayang kapal terbang kecik (tak tahu apa nama nya yang boleh naik 2 orang je).


Oh kalau siapa nak naik helikopter pun boleh jugak round kat Melaka. Tapi!!! 100 hengget per person. Oh kami tak mampu kot. Dan saya rasa, orang-orang yang datang pun rasa macam mahal sangat harga tu.


Pendapat saya, kalau nak buat macam ni letak la harga yang berbaloi yang orang mampu milik. Memang ada je yang naik. Tapi rasa nya tu semua golongan atasan. Golongan rendah macam kami ni dapat tengok je la dari jauh.


Setakat naik bayar 100 hengget baik aku beli tiket kapal terbang Air Asia pergi balik ke Bandung. Tapi time promosi la. 


Erkk nak cakap apa pun cakap la. Memang mahal. Ni nasib baik bawak anak je la nak jalan-jalan. Lain-lain macam bosan je kot...



Jul 14, 2012

Ice Age 4

Malam tadi kami bertiga hang out dengan kawan-kawan suami saya dengan anak bini diorg sekali la. Lately geng diorg rajin la nak bawa anak bini outing sama-sama sambil isteri-isteri ni pun saling berkenal-kenalan. Saya ok and diorg pun ok. Best je tambah-tambah kenalan ni.


So, acara nya tengok wayang. So, pilihan movie kena la movie berbentuk kekeluargaan memandangkan semua anak kecik-kecik cenonit lagi kan. 


Eh ada jugak kawan suami saya yang bujang menjoin. Diorg pun ok je and sporting. Kadang-kadang ada yang bawak awek. Dan awek nya pun ok. Maksud ok pada saya ialah, masing-masing tak malu nak berborak. Biasa la perempuan ni kan lambat sikit panas bila jumpa orang baru.


Tapi setiap kali keluar ni je pun kawan-kawannya. Kira macam dah kamcing la.


Maka nya ber hang out la kami di Dataran Pahlawan. Tengok Ice Age 4. 3D. Best la. Rayyan Adam pun happy. Yang penting mood dia ok, mama sakit kepala pun jadi ok jugak


Cerita ni best. Tapi panggung wayang kat Dataran Pahlawan ni tak best la. Entah saya tak suka maybe sebab kecik and saya menonton dalam keadaan mendongak. Saya lebih suka kat Jusco Melaka or depan MBMB tu. Tapi dah diorg nak tengok 3D sini je yang ada masa ni. Layan je la...




Rayyan Adam exited sebab ada ELI. ELI kan binatang kesayangannya


Nampak tak budak kecik tu sibuk nak buat peace. Tapi mata tengok lain. Ralit tengok ELI



Cermin mata tu lakonan semata-mata. Rayyan Adam tak nak pakai benda alah tu. Dia rimas. Takut jugak mata dia rosak. Hish. Belum masa nya la bawak dia tengok yang 3D ni. Besar sikit nanti dia nak kot. Apa pun Rayyan Adam sangat baik dan tak susah kan mama and ayah sepanjang malam tu. Good boy sayang



Balik nya diorg nak pergi makan Yong Tau Foo kat Pulau Gadong. Eh ye? Hentam je la.


Oh suami saya memang kena bahan je dengan saya. Ye la. Kalau bini nya yang ajak makan benda alah ni, di uwek uwek kan je. Wah... kalau kawan dia yang ajak, pandai pulak makan!!!!


Geram nya tu, dia boleh pulak telan dengan kadar yang banyak. Konon nampak macam sedap je. Pada hal kalau kita yang nak makan dicebir-cebir bibir tu.


Masa makanan sampai saya nak bahan lagi. Tapi suami saya buat muka bagi hint jangan bahan dia lagi. Dia takut kawan dia kecik hati. Huh!!! Hati kawan nak jaga konon....


Eh tapi sedap tau makan kat sini. Ada sup semua. Nasi lemak kukus pun sedap. Serius sedap. Patut la ramai orang. Lain kali boleh la pergi lagi. Memandangkan laki aku pun tiba-tiba je pandai makan benda alah ni kan....


Gambar makanan tak mampu ditangkap sebab perasaan malu telah menguasai. Huhuhu. 

Apr 19, 2012

Pesta Gendang

Hari Isnin hari tu Melaka cuti umum sebab sambut Melaka Bandaraya Bersejarah. Sedap lah 2 beranak ni coti. Mak nya jugak kena kerja sebab Selangor bekerja seperti biasa.


So, memandangkan nak jugak layan si kecik tu tengok bunga api, malam minggu tu bersesak la ke MBMB. Tapi sebelum keluar rumah, dah siap-siap masak and makan dulu kasik kenyang perut dulu.


Best tau tengok Pesta Gendang ni. Pengacara Nabil Raja Lawak, Shiera dan Zakiah Anas. Nabil asyik la nak buat lawak nya. Dah la kebanyakan tetamu orang VIP.


Yang paling saya suka masa ni persembahan dari Korea Selatan, Acheh and Singapore.


Korea Selatan macam kagum sebab banyak buat akrobatik. Satu orang dukung sampai 2 orang tinggi-tinggi. Takut jatuh je. Tapi sangat la hebat.


Acheh pulak persembahan nya ala-ala dikir barat. Tapi laju gila. Kalah orang Kelantan berdikir tau. Lepas tu persembahannya macam ada satu tenaga seolah-olah sedang berjuang. Ye la... Acheh kan pernah dilanda Thunami. Mestilah diorg rasa dengan membuat persembahan macam ni, diorg dapat satu tenaga untuk menghilangkan rasa sedih negara mereka dilanda bencana.


Singapore pun best. Mula-mula macam pelik tau. Ala Singapore ni mana ada keseniannya yang tersendiri. No no no. Salah hokey!!! Diorang main kompang. Tapi sudah dikotemporarikan. Best gila alunan kompang disekalikan dengan gitar. Dengan gendang nya. Siap dilambung-lambung gendang besar tu. fun sangat. Bagus la kan orang Melayu Singapore masih menjaga nilai kesenian budaya Melayu. 


Lain-lain kebanyakkannya macam biasa je. Bali biasa lah. penarinya seksi. Mata pulak kena garang. Mesir, muziknya macam ala-ala nak umumkan waktu imsak masa bulan puasa. Huhuhu.... Walaupun penari lelaki berjubah, tapi penari perempuan mak aiiii. Gelek pinggul tau.



Bukti. Sayangnya tak de kamera mahal. Kalau tak memang dah pergi depan pentas, amik gambar satu-satu persembahan. Laki bini kagum dengan diri sendiri sebab berdiri hampir 2 jam.


Budak ni pau ayah dia lampu angry bird. 4 hengget!!!



Menyambut Melaka Bandaraya Bersejarah tidak memerlukan menunggu detik 12 malam. Maka nya percikan bunga api hanya dimainkan setelah semua persembahan selesai. So, bunga api hanya bertempiaran di dada langit pada pukul 1 pagi. 


Dan kagum sekali lagi sebab sangat cantik bunag api nya. Corak nya lain dari yang biasa. Tak tahu lah kalau orang lain dah biasa tengok. Saya adalah jakun. 


Rayyan Adam agak takut sebab kali ni macam terlalu dekat kot. Bunyi kuat. Berdesing telinga. 


Sebenarnya saya suka dengan benda yang berkait dengan seni dan sejarah Melayu ni. Bila tengok persembahan yang macam ni rasa macam nak kaji je balik sejarah tarian atau gendang yang berkait dengan Melayu. Benda macam ni memang kena dengan jiwa saya hokey!!! 


Saya suka baca buku sejarah. Sekian....

Apr 18, 2012

Melaka Wonderland

Hari minggu lepas suami belanja mandi manda kat Melaka Wonderland. Katanya hadiah harijadi saya tahun ni. Tak kisah la bang oiii. Hadiah ke, tak hadiah ke. Janji kita bahagia kan.


Sepatutnya pergi masa minggu besday saya tu. Tapi bendera jepun berkibar adalah malas nak pergi. Geli!!! Huhuhu


Gambar bukti kena ada hokeyyyy!!! Bukan main terik lagi nak tengok kamera. Melayan si kecik buat peace



Kain baju bekalan



Saya adalah jahat sebab menyeludup makanan. Hahahaha. Syyyhhh. Diam-diam tau. Masa kat depan, yang jaga tu siap cek beg. Cuak hokey!!! Nasib baik dia tak cek betul-betul. Huhuhu!!!



Senyummm....



Games kat sini semuanya kena main 2 orang. Kesian kat we all sebab tak boleh nak main sangat sebab tak de orang nak jaga si kecik tu. Last-last, suami terserempak dengan kawan kerja dia bawak awek. Apa lagi. Minta tolong la kawan dia jaga kan Rayyan Adam



123 Senyummmm!!!




Senyummm lagi....