LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jul 17, 2012

Karnival Udara Melaka 2012 - Unplanned

Ahad pagi lepas telah menghantar 200 pcs apam polka dot kepada regular customer. TQ Kak Miza. Lokasi rumah beliau area airport.


Tiba-tiba macam teringat, eh minggu ni ada pameran udara la kat airport. Makanya kebetulan ada la beberapa biji kapal terbang lalu lalang di udara. Si kecik ni pun dah terjerit-jerit, plane plane!!!


Tengok-tengok, suami pun dah melencong ke arah airport. Siap dapat parking, suami tanya, nak tengok tak? Saya pun jawab, dah parking pun nak tanya orang lagi nak pergi ke tak. Huh!!


Suami saya ni memang suka nak saya jawab yes. Kalau apa-apa jadi yang tak best, nanti dia yang salah kan saya sebab konon nya saya yang jawab nak pergi. Pada hal dia dah parking dah kat situ. Tak de siapa suruh pun melencong ke situ.


Dan terkedek-kedek la 3 beranak dalam keadaan berlengas ke sana. Serabai ok masing-masing masa ni. Ala.. Lepas tu saya tengok ramai je berpakaian biasa. Track suit la. Selipar jepun la. Ala ramai je datang secara santai-santai ni kes nak sedap kan hati je


Masuk dewasa RM 5. Kanak-kanak bawah 2 tahun free. Aku bantai je anak aku ni 2 tahun. Dia apa tahu. Huhuhuhu.



Siapa dah bayar tiket, akan dicop kat tangan dengan cop mohor di atas. Sedih kan.. Cop je??? Tak de bajet ke sediakan gelang ke, apa ke. Ala gelang kertas je kot. Ke nak elakkan sampah? Tapi still tak ok kot cop-cop kat tangan ni





Panas!!!!


Ni nasib baik mood dia ok nak naik benda alah ni bergambo. Ikut perangai dia, dia ni takut dengan kenderaan besar. Betullll... Kata la dia jalan sebelah lori atau bas. Huh!!! Melalak-lalak la peluk kita sebab takut sangat   


Sekarang saya mahu terbang. Kbai...



Kapal terbang kecik

Helikopter kecik

Poyo


Saya mahu test peluru ni dulu. Kasi tembak itu olang






Dan akhirnya sala melalak sebab saya tak dapat pistol dengan kapal terbang tadi. Mama tak bagi.... Dia ingat semua tu barang mainan.... Semua tu harga ribu-ribu anak oi.... Bukan boleh bawak balik pun. Ni tak lain ikut perangai ayah ni kecik-kecik. Tak dapat, melalak sakan kat tempat awam




Tak best kot prpgram ni. Huhuhu. Suka suki je kata tak best eh. Ye la, setakat layan anak boleh la. Anak pun suka sangat tengok aeroplane. So kita layan kan je la. 


Maybe kalau program tu karnivar udara macam LIMA kat Langkawi tu best kot. Ini setakat tayang-tayang kapal terbang kecik (tak tahu apa nama nya yang boleh naik 2 orang je).


Oh kalau siapa nak naik helikopter pun boleh jugak round kat Melaka. Tapi!!! 100 hengget per person. Oh kami tak mampu kot. Dan saya rasa, orang-orang yang datang pun rasa macam mahal sangat harga tu.


Pendapat saya, kalau nak buat macam ni letak la harga yang berbaloi yang orang mampu milik. Memang ada je yang naik. Tapi rasa nya tu semua golongan atasan. Golongan rendah macam kami ni dapat tengok je la dari jauh.


Setakat naik bayar 100 hengget baik aku beli tiket kapal terbang Air Asia pergi balik ke Bandung. Tapi time promosi la. 


Erkk nak cakap apa pun cakap la. Memang mahal. Ni nasib baik bawak anak je la nak jalan-jalan. Lain-lain macam bosan je kot...



4 comments:

Unknown said...

wahh..x pernah lagi pergi ni..
mcm best ajek..
cop tangan tu nmpk skali cam kretif nk kurangkan pencemran..sesekali nmpk sakai sgt...need improvmnt

sy pon setuju..kalo harga mahal2 camtu..bek kupul pitis naik k/terbg..leh jenjalan..;)

Unknown said...

akak pun x pegi asfa...ambik en.suami balik dr kelantan aritu tgk dia org tgh siap2 buat persiapan...tp mmg nampak mcm 'sendu' jerk... (blh x ckp mcm tu..wlu pun kmdo ada gak buat pameran..huhuuuu)

Unknown said...

nens : mmg mahal. huhu

kak lia : hahahha. nak tak nak kena gak sokong komando tu. errkk mmg sendu kak oi

Mummy Sher said...

bestnya tempat nih. anak dan bapak comel je sebab tak lepaskan peluang yang ada pegang senapang sakan..heheeh