Alhamdulilah. Ini lah Ramadhan yang dinanti-nantikan buat kami suami isteri. Tidak seperti lazimnya, setiap kali Ramdhan kami terpaksa berjauhan dan berpuasa seperti orang bujang.
Tetapi lain pada kali ini. Sebenarnya saya mahu menulis tentang ini sejak berminggu-minggu yang lepas. Cuma kekangan masa.
Entah la... Kali ini saya rasa sayu. Seperti tak sabar untuk bertemu dengan Ramadhan. Pendek kata, saya sudah mula untuk menyenaraikan menu berbuka dan bersahur untuk suami. Dan insyaallah untuk tahun ini, tahun pertama kami suami isteri membawa si kecik sama-sama berjemaah terawih di surau.
Mungkin rasa teruja tu berpunca daripada saya yang telah pun sepenuh masa tinggal bersama suami. Saya sudah berkerja di Melaka. Hampir 4 tahun hidup berjauhan sebagai suami isteri. Baru kali ini diizinkan Tuhan untuk kami sama-sama merasa pasangan suami isteri lain rasa.
Saya pun tak tahu sama ada saya mampu untuk mengurus kan keluarga di bulan mulia ini. Saya tak tahu saya boleh masak dengan baik. Mengemas rumah. Membasuh. Menguruskan anak kecik. Di samping mencari peluang beribadat.
Rasa sayu saya bertambah bila abang saya datang ambil mak nak bawa balik kampung. Ye la... Saya tak ada kuasa untuk memegang emak saya seorang sebab mak masih ada anak-anak yang lain.
Serius sedih. Rumah saya macam sunyi mak tak de. Biasa nya bilik mak terang. Ni dah jadi gelap. Rayyan Adam pun menggagau cari nenek sekitar rumah. Dalam bilik tak de. Dia cari pulak nenek dalam toilet. Oh... Sedih...
Tapi kami selalu ajak dia main supaya dia leka tak cari nenek. Anak kecik macam tu pun dah mula rindu. Apatah lagi saya....
Rasanya nak sangat balik kampung. Nak jumpa dengan abah. Abah selalu balik di bulan mulia ni. Dah lama rasa nya tak jenguk rumah abah. Dah lama rasanya tak melawat abah.
Apa pun orang doakan abah tenang di sana. Orang akan cuba yang terbaik supaya doa dan amalan orang kat dunia di balas yang terbaik untuk abah...Orang akan cuba kirimkan yang terbaik buat abah.
Dan kedatangan Ramadhan pasti mengingatkan detik-detik pemergian abah di kala umat Islam menyambut bulan mulia ni dengan senyuman. Tapi pemergian abah membuatkan kami semua menangis sepanjang hari melewati Ramadhan tanpa abah...
Al-Fatihah buat abah. Juga Al-Fatihah untuk Abang Ngah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ni yang terbaik buat kita semua. Amin..
1 comment:
salam ramadhan dear..ramadhan ni ade manis & pahitnye kan..tp sumenye ade hikmah tersembunyik..
Post a Comment