LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nov 30, 2010

Amaran Tuhan

Seorang ustaz menasihati diri ini, kadang-kadang dugaan yang menimpa kita adalah amaran dari Tuhan. Amaran dari Tuhan bagaimana mampu kita hadapinya. Perjalanan dunia ini masih panjang. Banyak lagi kekusutan lain yang bakal kita hadapi.



Bukankah memaafkan satu perbuatan terpuji. Kita semua tidak sempurna. Tapi kita ini hanya manusia biasa. Kita berhak memenuhi perasaan untuk setiap pelusuk hati ini. Jika kita tiada perasaan itu semua, bukanlah manusia namanya. Itu adalah khinzir bak kata ustaz tersebut.



Ingatlah apa tujuan kita membina hidup. Niatkanlah segalanya kerana Tuhan. Janganlah biarkan diri terpedaya dengan hasutan syaitan yang mahu memporakperandakan anak Adam. Syaitan takkan berhenti bekerja menyesatkan kita dari melangkaui batas-batas yang ditetapkan.

No comments: